Tuesday, August 24, 2021

Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah dua tuduhan babit dana RM2 juta

bharian.com
Oleh Wartawan BH 
- Ogos 24, 2021 @ 12:08pm

Gambar fail - Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini, atas dua pertuduhan membabitkan dana RM2 juta yang diterimanya daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2013.

Dia menghadapi pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Selain itu, dia juga berdepan dakwaan memberi kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dana sama.

Berita lanjut menyusul

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-