by Editor Desk
August 19, 2021
KUALA LUMPUR: Seramai 114 Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta bebas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara, sebentar tadi.
Sesi terakhir menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai membabitkan Ahli Parlimen PAS selepas kenderaan membawa mereka keluar meninggalkan Istana Negara sekitar jam 3.50 petang.
Mengetuai sesi menghadap itu adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang.
Ahli Parlimen BN dan BERSATU sebelum itu menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sebelah pagi hingga tengah hari.
Sebanyak lima kumpulan sesi menghadap Ahli Parlimen berlangsung hari ini, dengan sesi pertama membabitkan Ahli Parlimen UMNO yang tiba di Istana Negara pada jam 10.30 pagi.
Daripada lima sesi menghadap itu, empat sesi dibuat secara fizikal dengan Ahli Parlimen dengan setiap diberi masa antara satu hingga dua minit secara bergilir-gilir untuk menyembah maklum secara lisan sokongannya kepada calon Perdana Menteri.
Bagi Ahli Parlimen GPS, sesi menghadap mereka disempurnakan secara maya.
Sesi menghadap hari ini bertujuan mengesahkan surat akuan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera merangkap Naib Presiden UMNO.
Kira-kira 150 pengamal media dari pelbagai agensi berkumpul di perkarangan Pintu 2 Istana Negara sejak jam 8.30 pagi bagi membuat liputan ketibaan Ahli Parlimen pelbagai parti ke sesi menghadap bersama Agong.
Setakat petang ini, sesi menghadap Ahli Parlimen hanya membabitkan blok BN, PN, GPS serta bebas tanpa kehadiran Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) Plus.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.