Thursday, August 12, 2021

PM tidak tawar letak jawatan - Ahmad Faizal

bharian.com
Oleh Rohaniza Idris
roha@bh.com.my
 - Ogos 12, 2021 @ 3:48pm


KUALA LUMPUR: Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan peletakan jawatan bagi menyelesaikan kemelut politik ketika ini.

Beliau menjelaskan tiada sebarang tawaran di buat kepada Kabinet berhubung perkara itu.

"Perdana Menteri tidak tawar diri untuk letak jawatan," katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas laporan yang viral sejak semalam mengenai peletakan jawatan Perdana Menteri berikutan perjumpaan dengan pemimpin Perikatan Nasional (PN) di Seri Perdana.

Ditanya mengenai perjumpaan Perdana Menteri dengan pemimpin PN semalam, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden BERSATU menjelaskan beliau tidak hadir pada perjumpaan itu.

Justeru, katanya beliau tidak dapat mengulas mengenai perjumpaan berkenaan.

Ditanya kemungkinan akan diadakan sidang khas Parlimen bagi membolehkan undi percaya dan tidak percaya dibentangkan, katanya sidang Parlimen akan berlangsung mengikut takwim yang ditetapkan.

"Sidang Parlimen akan berlangsung mulai 6 September ini, seperti yang diumumkan dan diketahui umum," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-