Thursday, August 12, 2021

Khalid positif Covid-19, pelitup muka diturun ketika hadir perhimpunan

agendadaily.com
12/8/2021

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menurunkan pelitup muka pada perhimpunan pembangkang baru-baru ini. - Gambar FB

Ahli Parlimen (MP) Shah Alam Khalid Samad menjalani kuarantin kendiri sejak 4 Ogos lalu setelah mengesahkan dirinya positif Covid-19 susulan ujian kali kedua Rapid Antigen.

Khalid dilaporkan berkata ujian kendiri kali kedua dilakukan selepas dua kakitangannya disahkan positif Covid-19 sebelum mendapati beliau positif .

“Bila kakitangan saya hari ni (11 Ogos 2021) beritahu hari ni yang dia positif (Covid-19), saya pun buat self-test (ujian kendiri) hari ni juga. Self-test tu saya dapati positif,” katanya dipetik daripada laporan Mkini.

Bagaimanapun, Khalid masih menunggu keputusan ujian saringan tindak balas berantai polimerase (PCR) untuk pengesahan sebenar keadaan jangkitan itu.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tempoh masa dari saat seseorang dijangkiti virus hingga ia mula mengalami tanda-tanda jangkitan dipanggil ‘tempoh inkubasi’, boleh mengambil masa hingga 14 hari sebelum muncul, akan tetapi secara lazimnya, ianya dianggar mengambil masa dalam lima hari.

Menurut Khalid, kakitangan yang didapati positif hari ini sering berjumpa dengannya untuk urusan pentadbiran seperti menghantar dokumen kepadanya.

Bagaimanapun katanya, setakat ini beliau tidak mengalami sebarang gejala dan sedang menunggu keputusan ujian RT-PCR yang dijangka petang esok (hari ini).

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi AMANAH itu yang hadir dalam perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini dikatakan gagal memakai pelitup muka dengan sempurna.

Menerusi gambar yang tular di media sosial Khalid dilihat menurunkan pelitup mukanya ke paras dagu sambil dikelilingi orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-