Tuesday, August 3, 2021

Takkan UMNO nak khianat sokong Anwar dan DAP, ini benda gila: Zahidi

agendadaily.com
3/8/2021

Adakah jajaran baharu bakal terbentuk?

Seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Zahidi Zainul Abidin menyifatkan tindakan menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah keputusan gila kerana ia merupakan satu pengkhianatan kepada rakan parti, Bersatu dan PAS.

Zahidi berkata sekiranya pengkhianatan tersebut dibenarkan berlaku ia akan mengakibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP akan kembali menguasai kerajaan, ia pastinya akan merugikan parti.

“UMNO tidak mahu mengkhianati persepakatan yang dibuat dengan parti lain. Jadi wala’ ni kita sokong dulu, kita setuju awal. Tapi nak tarik sekarang kita khianat.

“Ini kerana kalau kita tarik, yang memerintah adalah DAP dan Anwar. Jadi dimana tidak wala’nya? Wala nak suruh sokong Anwar? Ini satu benda gila,” katanya pada satu sidang media hari ini selepas menerima memorandum daripada beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan.

Zahidi menolak pendirian UMNO yang mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama rakannya, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah antara yang tidak menyokong kerajaan PN.

Tambahnya lagi, terdapat perbincangan yang sedang berlangsung untuk menambah lagi sokongan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen (MP) dan rundingan sedang berjalan ketika ini.

“Yang menyokong kerajaan PN adalah 40 orang. Dan kita sedang negotiate lagi, satu dah keluar iaitu Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah).

“Tiga lagi (Ahli Parlimen) dari PKR… saya tak tahu siapa tapi bertambah termasuk Datuk Seri Xavier Jayakumar dan sebagainya.

“(Jadi) ada pertambahan, tiada pengurangan. Kurang satu dua, tapi kita tengah berbincang, kalau boleh Presiden UMNO sokonglah,” katanya lagi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-