Thursday, August 12, 2021

UMNO sedia kerjasama dengan mana-mana parti: Asyraf Wajdi

By SatuBerita
-August 12, 2021


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi

UMNO mengambil pendirian bersikap terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti membentuk kerajaan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.

Malah, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut memberi bayangan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan majoriti mencukupi berdasarkan situasi politik yang berlaku di Perak sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, segala urusan bagi pelantikan Perdana Menteri perlu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 40 (2) (b).

“Pertama sekali kita perlu faham apa berlaku di Perak. Dalam konteks ini, Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hilang kuasa dan perlu letak jawatan. Bab untuk lantik siapa Perdana Menteri dua perkara berbeza. Kita tak boleh campur aduk.

“Sebagai contoh, dalam kes terbaru di Perak membabitkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang perlu meletak jawatan apabila gagal mendapat undi percaya Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau kemudian letak jawatan.

“UMNO; Parti Amanah Negara (Amanah); DAP dan PKR sekata tidak mahu Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar. Namun nak melantik Menteri Besar baharu kuasa sultan.

“Sudah tentu Tuanku akan lihat siapa dapat majoriti. Tapi kita boleh bincang balik dengan rakan kongsi kita iaitu Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang akhirnya setuju lantik Datuk Shaarani Mohamad,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya, Selangior, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-