Thursday, September 16, 2021

DAP ‘okay’ kerajaan diterajui UMNO hingga habis penggal, kata Loke

agendadaily.com
16/9/2021

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Seorang pemimpin DAP mendedahkan ia tidak menjadi masalah sekiranya kerajaan diterajui UMNO terus mentadbir sehingga habis penggal walaupun perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) meletak syarat tidak boleh mengadakan pilihan raya sebelum 31 Julai 2022.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata walaupun syarat tersebut diletak, ia tidak bermakna Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob tidak boleh membubarkan Parlimen lebih lama selepas ini sehingga tamat penggal kerajaan.

“Tak ada apa-apa yang menghalang mereka (kerajaan) untuk melengah-lengahkan sehingga habis penggal (untuk membubarkan parlimen) dan kami ‘okay’ dengan itu kerana kami tak mahu ambil kuasa itu daripada dia (UMNO).

“Ini bukan hanya sekadar MOU 10 bulan, ia boleh jadi lebih lama daripada itu,” katanya semasa menghadiri satu webinar hari ini.

Untuk rekod, MoU yang dimerterai antara kerajaan dan blok pembangkang, Pakatan Harapan bersetuju untuk tidak mengadakan pilihan raya umum sebelum 31 Julai 2022 bagi menumpukan ke arah pemulihan negara yang berdepan cabaran pandemik.

Loke berkata sedemikian dalam webinar “MOU – Jalan ke arah transformasi dan kestabilan?” yang turut disertai Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan profesor dari Universiti Sunway, Wong Chin Huat.

Bagaimanapun, Loke menegaskan MoU tersebut sebenarnya hanya untuk membantu kerajaan meluluskan Belanjawan 2022 dan ia mesti dilibatkan mereka sebelum pembentangannya.

“Jadi, akhirnya, apabila kita luluskan belanjawan, ia adalah sesuatu yang dipersetujui kedua-dua belah pihak … hanya itu tanggungjawab di belah PH,” katanya lagi.

Pada 13 September, PH dan kerajaan menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-