Saturday, September 18, 2021

Pemimpin Umno dilapor dakwa Bersatu mahu balas dendam

inforakyat.net
18/09/2021


Pemimpin Umno dilapor dakwa Bersatu mahu balas dendam.KEPUTUSAN Bersatu menolak pencalonan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat bertujuan untuk membalas dendam terhadap “kluster mahkamah”.

Pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan itu berkata, keputusan untuk menolak pencalonan Setiausaha Agung Umno itu dibuat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mereka menolak pencalonan Ahmad kerana ingin membalas dendam terhadap kumpulan ‘kluster mahkamah’.

“Semua tahu bahawa kumpulan ini termasuk Ahmad yang lantang mengkritik kerajaan dan Muhyiddin,” katanya kepada Malaysiapost.

Sebelum ini Bersatu dikatakan menolak pencalonan Ahmad sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana masih mempunyai kes yang sedang berjalan di mahkamah.

Perkara itu didedahkan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Keengganan Bersatu menyokong Ahmad mengakibat pemilihan jawatan timbalan speaker yang sepatutnya berlangsung minggu lalu terpaksa ditangguhkan.

Pihak kerajaan sebelum ini mencalonkan Ahmad sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Manakala Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Nga Kor Ming sebagai calon timbalan speaker bagi pihak pembangkang.

Dalam pada itu Ahmad ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Sila tanya PPBM, terima kasih,” katanya ringkas.-

Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/09/18/tolak-pencalonan-ahmad-maslan-bersatu-ingin-balas-dendam-kata-pemimpin-umno/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-