Saturday, October 16, 2021

Pengundi makin bijak, ‘taktik lama’ mungkin tak lagi berkesan

freemalaysiatoday.com
Minderjeet Kaur
-October 16, 2021 8:00 AM

Bersalaman dan melontar senyuman mungkin tidak lagi berkesan ketika berkempen pada pilihan raya akan datang, kata penganalisis.
Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penganalisis politik Azmi Hassan membuat penilaian yang mendalam mengenai tahap kebijaksanaan pengundi untuk membuang undi dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberitahu FMT, calon hanya akan memperbodohkan diri sendiri sekiranya masih percaya boleh memenangi hati pengundi dengan hanya bertemu dan menyantuni mereka.

Azmi berkata, perbuatan bersalam-salaman, mencium bayi dan berkongsi teh tarik dengan bakal pengundi mereka mungkin berkesan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan PRU terdahulu, namun “hari-hari seperti itu telah berakhir” kerana pengundi kini lebih bijak menilai.

Katanya, keadaan mula berubah selepas pilihan raya umum yang lalu dan pandemik benar-benar membuka mata mereka.

“Rakyat telah melihat kesan pandemik Covid-19 terhadap keluarga dan poket mereka. Mereka mahu ahli politik yang mempunyai idea dan berani menyuarakan pendapat bagi pihak mereka. Bersalam, senyum atau secawan kopi tidak lagi berkesan.”

Beliau mengulas kenyataan terbaharu Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengatakan dalam politik Melayu, idea tidak penting kerana semuanya berkaitan dengan kuasa dan populariti.

Azmi berpandangan bahawa ia mungkin masih berlaku di kalangan generasi tua di kawasan luar bandar.

“Namun sikap ini berubah disebabkan oleh pandemik.”

Katanya, pengundi kini mahu mendengar idea-idea baharu yang mungkin dapat membantu memulihkan masalah ekonomi mereka.

“Hakikatnya ialah ini adalah salah satu tempoh paling sukar yang pernah dialami oleh rakyat dan sektor perniagaan,” katanya.

“Ahli politik yang mempunyai dasar dan idea bagus mungkin menjadi ciri-ciri utama sekiranya ingin memenangi pilihan raya akan datang.

Jeniri Amir, seorang Felo di Majlis Profesor Negara (MPN), berkata badan bukan kerajaan (NGO) perlu turun ke kawasan luar bandar untuk mengubah pemikiran pengundi di sana.

Katanya, ada segelintir daripada mereka mungkin cenderung memilih calon berdasarkan peribadinya.

“Bagi mereka, ia masih bukan berkaitan idea dan dasar yang dibawa atau betapa bagusnya diri anda. Ia masih dinilai berdasarkan bagaimana anda bergaul dengan rakyat, melayan, bersalaman dengan mereka dan sentiasa merendah diri.”

Namun, katanya kepada FMT, beliau percaya sikap pengundi muda pula semakin berubah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-