Wednesday, October 27, 2021

PRN Melaka: 9 daripada 10 akar umbi Umno tolak Bersatu, kata Tok Mat

FMT Reporters
-October 27, 2021 4:57 PM

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, parti itu akan mengambil semua pandangan dan maklum balas dalam merangka kerjasama pada pilihan raya negeri Melaka.

PETALING JAYA: Daripada 10 ahli akar umbi Umno, sembilan menolak kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, itu adalah ukuran yang membabitkan pandangan akar umbi berhubung penerimaan dalam kerjasama antara parti pada pilihan raya berkenaan.

“Nampaknya kalau kita letak ukuran 10, sembilan daripadanya tidak mahu Umno bersama dengan Bersatu. Bagaimanapun itu pandangan secara umum.

“Parti akan ambil pandangan semua dan maklum balas, kita akan teliti, kita buat pengiraan untung ruginya, kalau bersama macam mana, kalau tak bersama macam mana, itu semua diambil kira,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Mohamad berkata, isu kerjasama dengan parti lain akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, malam esok.

Katanya, mesyuarat juga akan membentangkan persiapan parti untuk menghadapi PRN Melaka.

Ditanya mengenai kerjasama Muafakat Nasional (MN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata, kerjasama berkenaan banyak bergantung kepada PAS.

“Kita sentiasa menghulurkan tangan, tetapi PAS kena buat keputusan sama ada mahu bersama Perikatan Nasional (PN) atau dengan MN.

“Kita minta PAS buat keputusan, jangan pula Umno dilihat sebagai yang tidak mahu. Sebenarnya kita sudah katakan terpulang kepada PAS, kita sentiasa menghulurkan tangan.

“Malah, pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini pun kita sudah menyatakan tidak akan mengadakan kerjasama dengan Bersatu, tetapi kita mahu terus mengukuhkan MN. Jadi itu terpulang kepada mereka (PAS),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-