Wednesday, October 20, 2021

PRN Melaka: Bersatu pilih calon berintegriti, bermaruah

By SatuBerita
-October 20, 2021


Bersatu mengutamakan calon yang berintegriti dan bermaruah untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, beliau yakin calon yang dipilih Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memenuhi kriteria berkenaan memandangkan ia prinsip parti berkenaan, lapor Sinar Harian.

“Kita akan mengekalkan prinsip kita iaitu integriti dan bermaruah. Itu kita punya slogan. Saya percaya Presiden akan memilih berdasarkan perkara itu.

“Selain itu, isu-isu tempatan, lokaliti serta isu-isu nasional mungkin diambil kira dalam soal calon. Tapi itu kuasa Presiden. Saya tidak boleh komen lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon-calon yang akan ditampilkan parti berkenaan pada PRN Melaka nanti.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, antara pertimbangan parti itu pula ialah penampilan calon-calon muka baharu dan segar untuk bertanding.

“Selain itu, ada lebih kesaksamaan jantina bagi mencerminkan kematangan dan kepelbagaian dalam kalangan pengundi di Melaka,” ujar Shahril.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-