Sunday, November 21, 2021

Anggapan Umno boleh menang jika PRU diadakan awal boleh ‘bawa maut’, kata Kit Siang

 freemalaysiatoday.com

FMT Reporters
-November 21, 2021 1:44 PM
Keadaan politik di peringkat kebangsaan mungkin jauh berbeza daripada senario di Melaka, kata Lim Kit Siang.

PETALING JAYA: Para pemimpin Umno mungkin akan mendesak pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disegerakan tahun depan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka semalam, menurut veteran DAP Lim Kit Siang.

Bagaimanapun, beliau berkata, rancangan sedemikian boleh “membawa maut”, sambil menyatakan bahawa keadaan di peringkat kebangsaan mungkin jauh berbeza daripada senario di Melaka.

Dalam kenyataan, Lim berkata, BN memenangi kerusi di Melaka dengan majoriti tipis, di mana 12 kerusi mempunyai majoriti kurang 1,000 undi.

Daripada jumlah itu, tujuh menentang Pakatan Harapan (PH) dan lima menentang Perikatan Nasional (PN).

Oleh itu, kemenangan BN di Melaka hanyalah “nasib”, bukan kesimpulan yang pasti, tambahnya.

Lim berkata, isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, berkaitan tanah bernilai RM100 juta tidak memberi kesan kepada keputusan PRN kerana ia timbul pada penghujung kempen.

Beliau juga berkata, peratusan keluar mengundi rendah, iaitu 65.85% berbanding 66.61% pada PRN Sabah September lepas.

Tambahnya, 10% hingga 15% lagi rakyat Melaka akan keluar mengundi jika tempoh berkempen dilanjutkan seminggu.

Kata Lim, matlamat utama bagi pilihan raya diadakan awal adalah supaya Umno dan BN memperoleh majoriti dua pertiga bagi membolehkan mereka mentadbir negara sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-