Tuesday, November 2, 2021

PAS Melaka terima guna lambang PN, sedia berkorban elak tiga penjuru

agendaily.com
2/11/2021

Perikatan Nasional memberi fokus kepada pertandingan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri Melaka November ini.

Keputusan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diterima PAS negeri tersebut, kata Pesuruhjayanya, Datuk Kamarudin Sidek.

Bagaimanapun, Kamarudin berkata PAS sedia berkorban dengan mengambil langkah menarik diri jika pertandingan di satu-satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berlaku pertandingan tiga penjuru semasa PRN nanti.

“PAS Melaka akur kerana PN sudah didaftarkan sebagai sebuah parti politik, manakala Muafakat Nasional (MN) pula tidak didaftarkan.

“Tetapi, PN dan Barisan Nasional (BN) sepakat satu lawan satu, tiada pertembungan kerusi, (Namun) jika berlaku juga (pertembungan kerusi), PAS akan mengambil sikap menyokong penyandang kerusi yang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” katanya dipetik laporan portal BH hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja parti itu meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Ketetapan itu mengambil kira panduan yang diberikan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 31 Oktober lalu dan selaras dengan Peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS.

Keputusan tersebut dilihat satu tamparan kepada UMNO yang meletak syarat sebelum ini supaya PAS menggunakan lambangnya sendiri sebagai menghormati persefahaman dalam MN.

Ia bagaimanapun ditolak PAS susulan syarat tersebut yang dilihat berbentuk satu ugutan kepada parti tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-