Saturday, January 8, 2022

Ini 10 kelebihan jantung pisang untuk kesihatan kita

inforakyat.net
8/1/2022

Ini 10 kelebihan jantung pisang untuk kesihatan kita.

1. Mengurangkan risiko serangan strok.

2. Mencegah pembentukan lapisan lemak dalam arteri

3. Serat tinggi meningkatkan pencernaan makanan dalam perut. Jantung pisang mengandungi bahan karbohidrat, protein, mineral maupun vitamin seperti betakarotin, vitamin B1 dan magnesium.

4. Menurun kadar gula dalam darah membantu menstabilkan diabetes.

5. Baik untuk mengawal obesiti. Jantung pisang memberikan kesan rasa kenyang lebih lama berbanding nasi putih kerana memiliki serat yang tinggi

6. Mengurangkan risiko mendapat kanser kerana jantung pisang memiliki methanol yang bersifat antioksidan baik untuk mencegah radikal bebas dalam badan.

7. Anti penuaan yang baik.

Bahan flavonoids dalam untung pisang berfungsi sebagai anti radikal mampu memperbaiki sel-sel yang dirosakkan oleh radikal bebas dalam badan.

8. Meningkatkan penghasilan sel darah merah

Jantung pisang mengandungi zat besi yang amat berguna untuk pembentukan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin yang mencukupi berupaya membawa oksigen mencukupi ke seluruh anggota badan.

9. Baik untuk menstabilkan peredaran haid wanita

Jantung pisang membantu menstabilkan hormon progesteron seterusnya mengurangkan kesakitan ketika haid dan jumlah pengeluaran darah haid.

10. Membantu Mengelakkan Jangkitan penyakit.

Jantung pisang mengandungi sejenis kompaun yang memiliki ciri anti-mikrob serta kaya dengan Vitamin E.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-