Monday, March 14, 2022

Tiga nama calon MB Johor diserah kepada Sultan Johor

satuberita.my
By Admin
-March 14, 2022

Hasni Mohammad antara tiga senarai nama calon MB Johor yang sudah diserahkan kepada Sultan Johor

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

BARISAN Nasional (BN) mengemukakan tiga nama sebagai calon Menteri Besar Johor yang baharu kepada Sultan Johor.

Warta Rakyat difahamkan, tiga nama itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad, ADUN Rengit,
Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tiga nama berkenaan diserahkan Hasni yang juga Pengerusi BN Johor kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kelmarin, BN mendapat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15.

Menerusi keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PH berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi.

Selepas diisytiharkan menang, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu secara rasmi akan menamakan kembali Hasni sebagai Menteri Besar Johor dan keputusan itu dibuat sebulat suara. 

SB

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-