Monday, March 21, 2022

Tok Mat mengaku amalan rasuah jadi budaya dalam Umno

malaysiamerdeka.com
March 20, 2022 

UMNO perlu menolak budaya edar ‘envelope putih’ kerana ia tidak membantu memperkukuhkan parti.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menegur perbuatan memberi “sampul surat putih” kepada perwakilan kerana ia boleh membawa kerosakan kepada parti itu.

Menurutnya, perwakilan daripada bahagian Rembau mengadu menerima sampul surat putih pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 ini.

“Balik lepas ini hentikanlah kerja edar ‘envelope putih’. Saya cakap terang-terang, saya timbalan presiden saya jaga parti.

“Sampaikan perwakilan saya dari Rembau pun dapat ‘envelope putih’. Nasib baik orang Rembau jujur dia pulangkan kat saya balik.

“Jangan macam tu, takkanlah bahagian datuk lembaga parti ini pun ‘korang’ (kamu) nak hentam juga, ke tersasul,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan PAU 2021, di PWTC, hari ini.

Pemberian sampul putih adalah sinonim dengan hadiah wang kepada perwakilan.

Sehubungan itu, Mohamad menyeru budaya itu mesti ditinggalkan sebaliknya semailah dengan amalan perbuatan yang baik bagi memikat hati perwakilan.

Katanya, jika bahagian timbalan presiden pun berani “dilanggar”, bagaimana dengan kawasan yang dipimpin oleh ketua bahagian bukannya pemimpin parti.

“Bahagian saya pun nak langgar begitu saja, bahagian timbalan presiden…Orang Umno ini pandai dia suka dengan kita, dia sukalah.

“Kita menangilah hati (mereka)… jangan dengan cara tak baik macam ini, merosakan parti kita,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-