Sunday, March 20, 2022

UMNO payah bangkit jika tewas kali kedua – Mohamad Hasan

suaramerdeka.com.my
Home/Politik


KUALA LUMPUR 19 Mac – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan seluruh ahli agar mempertahankan maruah dan martabat parti keramat itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengalami nasib yang sama seperti dialami sewaktu kalah mengejut dalam PRU-14 hingga hilang tampuk pemerintahan negara termasuk beberapa buah negeri.

“Jangan kita pandang ringan, usaha musuh nak jatuhkan kita, dia memang dah sesal dan dah tahu apa
kesilapan mereka.

“Kali ini kalau kita (UMNO) jatuh sekali lagi, memang susah untuk kita bangkit. Maka pertahankanlah maruah dan martabat UMNO,” ujarnya.

Beliau berkata demikin ketika berucap menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mohamad berkata, beliau tidak mahu pemimpin dan ahli parti menidakkan pemilihan parti yang akan diadakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) hanya akan berlaku perpecahan dalam parti.

Menurutnya, sejarah telah membuktikan pepecahan dalam parti berlaku apabila setiap kali pemilihan parti diadakan terlebih dahulu sebelum disusuli PRU.

Justeru katanya, UMNO ketika ini berada dalam keadaan baik dan jika berlaku pergeseran antara satu sama lain maka akan berlaku perpecahan ketika menghadapi PRU.

Beliau berkata, keputusan untuk diadakan PRU dan perkara tersebut akan dibincangkan oleh lima pimpinan tertinggi parti.

“Jangan tunggu lama-lama biarlah top five berbincang bila pula PRU-15 akan diadakan nanti. Kami berlima sering berbincang pergi Yayasan, pergi sana pergi sini. Kita tak bagi tau orang lain kerana kami beradat berunding dalam gelap.

“Kali ini kita akan keluarkan dalam Facebook untuk membuktikan kami ini sebenarnya adalah rapat dan bersama-sama berurusan.

“Saya nak bagi pandangan perpaduan dalam parti amat penting jangan berpecah-pecah tak guna jadi Presiden, Timbalan atau Naib jika kita kalah dalam pilihan raya.

“Yang penting kita menang di peringkat manapun kita dah rasa 22 bulan macam terhina kita dan dihina tak kan nak ulang lagi. Kalau berpecah kita tidak akan menang,” ujarnya

Mengulas lanjut Mohamad berkata, usaha Tun Mahathir Mohamad untuk bergabung bersama parti pembangkang bagi boleh menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) menang dalam PRU-15 nanti.

Jelasnya, walaupun menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor serta kalau diamati kekalahan pembangkang kerana mereka berpecah.

“Walaupun susah untuk mereka bergabung tetapi di dalam politik semuanya boleh jadi. Jangan kita tunggu mereka bangun maka kami berlima akan berbincang bila sewajarnya PRU-15 akan diadakan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-