Friday, May 27, 2022

Peniaga sayur akui harga naik tidak terkawal

satuberita.my
By Muhd Zikry Marzuki
-May 27, 2022
BEBERAPA peniaga sayur yang ditemui SatuBerita di pasar awam Sri Serdang mengakui harga bahan makanan tersebut naik pada angka tidak terkawal.

Bekalan terhad dan harga tinggi dikenakan pembekal menyebabkan mereka terpaksa menjual pada harga tinggi meskipun tahu tindakan itu membebankan pengguna.

“Sekarang, kacang panjang pun dah naik harga. Saya terpaksa jual RM12.50 sekilogram berbanding RM7 sebelum ini,” ujar seorang peniaga Halim Munir, 48.

Sayur lain yang turut naik harga ialah sawi bunga dan bendi yang dijual pada harga RM15.20 sekilogram berbanding Ram13.50 sebelum ini.

“Yang paling teruk, saya rasa sawi bunga. Sebelum ni, saya boleh jual RM2 dan dapat untung, tapi sekarang harga naik sehingga saya perlu menjualnya pada harga RM10 sekilogram,” tambahnya.

Seorang lagi peniaga, Kamaruzzaman Razak, 35, berkata, harga sayur dilihat semakin tidak terkawal tatkala pengawasan tidak dilakukan dengan sewajarnya.

Beberapa jenis sayuran di kedai runcit miliknya terpaksa dinaikkan harga pada kadar 100 hingga 150 peratus berbanding harga jualan beberapa bulan lepas.

“Cili merah dan hijau sekarang makin mahal. Dahulu cili hijau RM11.30 sekilogram, kini RM13.80. Bagi cili merah, dahulu dijual pada harga RM12.30 sekilogram, sekarang dijual pada harga RM29.50 sekilogram,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Iman Sanusi, 37, berkata, perniagaannya cukup terkesan apabila pembekal mengenakan harga yang tinggi berbanding sebelum ini.

“Dahulu harga 10 kilogram cili kering ialah RM62.50, sekarang naik kepada RM150 bagi berat yang sama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-