Tuesday, June 28, 2022

Mat Maslan jawab dakwaan Tajuddin wujud SD UMNO sokong Anwar

agendaily.com
27/06/2022

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menjawab dakwaan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Datuk Seri Ahmad Maslan memberikan penjelasan berhubung dakwaan bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman wujud akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen (MP) UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM).

Setiausaha Agung UMNO itu tidak menafikan berhubung SD yang didakwa Tajuddin terdapat 15 MP UMNO menyokong Anwar tetapi sebaliknya menjelaskan yang jadi PM sekarang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bukannya Anwar.

“SD apa? Jadi ke perkara itu? Perdana Menterikan DSIS (Ismail Sabri). Anwar ke Perdana Menteri?

“Siapa 15 Ahli Parlimen yang desak dan akhirnya Ismail Sabri jadi Perdana Menteri? Tajuddin ke?” katanya dipetik laporan BH.

Ahmad juga mendakwa sebenarnya kejayaan Ismail Sabri menjadi PM adalah disebabkan sokongan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan perkara lebih penting adalah UMNO kini menjadi semakin kuat.

“Dalam perjuangan yang penting adalah hasilnya…perjuangan Presiden, dibantu timbalan dan ahli MT antaranya kita menang tujuh pilihan raya.

“Yang terbesar ialah apabila 15 MP mendesak yang akhirnya Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.

“Ini cerita Presiden UMNO dan hasilnya, apa cerita Tajuddin, Annuar Musa (Tan Sri) dan Mohamed Nazri Aziz (Datuk Seri)…cerita mereka itu apa hasilnya?” katanya.

Terdahulu, Tajuddin yang juga Duta Besar Malaysia ke Indonesia mendedahkan Zahid mengetuai bagi menandatangani SD dalam kalangan MP UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Anwar sebagai PM.

Tambah MP Pasir Salak itu lagi, Zahid bersama rakannya, Datuk Seri Najib Razak pada awalnya enggan menyokong Ismail Sabri sebagai calon PM bersama-sama dengan 13 MP UMNO lain tahun lalu sehingga terpaksa dipujuk.

“Jadi kita cadangkan nama Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri… kalau tahu cerita sebenar, geleng kepala. Tan Sri Muhyiddin Yassin setuju Ismail Sabri jadi PM, PAS pun bersetuju dan mereka sanggup tandatangan SD (Akuan Bersumpah) sokong jadi PM.

“UMNO berpecah, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju… 15 orang, Zahid dan Najib pegang jangan tandatangan sampai minit akhir.

“Jangan mereka nak nafikan ya, kita nak kumpulkan semua sokongan MP UMNO tidak boleh dapat kerana 15 ini kena pegang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-