Sunday, July 24, 2022

‘Jangan ingat DAP P Pinang tak boleh ditenggelam’, kata Tok Mat

freemalaysiatoday.com
Dineskumar Ragu
-July 24, 2022 11:18 PM

Ahli Barisan Nasional (BN) pada pelancaran jentera parti itu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. (Gambar JohnShen Lee)

TASEK GELUGOR: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan menuntut gabungan itu bersatu jika berhasrat menumpaskan DAP di Pulau Pinang.

Katanya, tidak mustahil BN mampu menewaskan DAP di negeri itu memandangkan parti berkenaan mengalami kekalahan di kubu kuat mereka pada pilihan raya negeri di Melaka, Johor dan Sarawak.

“Kita menang di Durian Tunggal (di Melaka), yang mana kubu kuat mereka,” katanya kepada 1,300 ahli BN pada pelancaran jentera BN Pulau Pinang.

“Jangan ingat DAP ini tidak boleh ditenggelamkan.”

“Siapa sangka MCA boleh menang banyak di Johor, dan MIC menang tiga daripada empat kerusi? Siapa sangka yang kita boleh menang di Yong Peng?” katanya merujuk kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang disandang DAP sejak 2013.

Mohamad yang juga timbalan presiden Umno, menggesa ahli BN membangunkan mentaliti boleh menang dan merangka strategi menumpaskan DAP, yang mana parti itu membentuk kerajaan negeri sejak 2008, bersama PKR dan Amanah.

BN kehilangan kuasa menerajui kerajaan negeri sejak 2008. Pada pilihan raya umum 2018, BN hanya menang dua kerusi masing-masing di Sungai Dua dan Permatang Berangan, daripada 40 kerusi keseluruhan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-