Diterbitkan: Aug 31, 2022 11:53 AM
Ahli Parlimen Penggerang Azalina Said Othman menafikan laporan yang mendakwa dia telah meletak jawatan sebagai penasihat khas perdana menteri mengenai undang-undang dan hak asasi manusia.
"Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai penasihat undang-undang dan hak asasi manusia.
"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65," tulis Azalina dalam catatan ringkas di Facebook pagi ini.
Semalam, Sinar Harian memetik sumber tanpa nama melaporkan Azalina melepaskan jawatan itu.
Azalina dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri pada 2 Okt tahun lepas, kira-kira sebulan selepas meletak jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.
Dia baru-baru ini menimbulkan kontroversi apabila menyatakan pendapat bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya memilih peguam negara baru.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.