Tuesday, November 8, 2022

‘Sebetulnya satu undi PH, satu undi buat DAP’: Zahid

ismaweb.nrt
Siti Hafidah
Presiden UMNO jawab naratif 'satu undi siapa' dimain pembangkang

BANGI, 13 Rabiulakhir 1444H, Selasa – Sebetulnya satu undi untuk Pakatan Harapan (PH) bermakna satu undi buat DAP, berikutan parti komponen itu secara terang-terangan pembuat dasar PH, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, beliau berkata, DAP dilihat lebih menguasai ketika PH menjadi kerajaan selama 22 bulan sebelum ini.

“Timbalan menteri daripada DAP pun dilihat lebih berkuasa berbanding menteri.

“Mungkin DAP diminta kurang menampil kali ini sebab mahu sembunyi fakta ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Presiden UMNO itu berkata demikian sebagai menjawab naratif ‘satu undi untuk siapa’ yang cuba dimainkan pembangkang ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta supaya pengundi di Parlimen Sungai Buloh tidak memilih calon BN, Khairy Jamaluddin kerana undian berkenaan membolehkan Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Khairy menafikan dakwaan itu dan menegaskan calon Perdana Menteri yang dipilih BN adalah Ismail Sabri.

Menerusi hantaran sama, Ahmad Zahid yang juga calon Parlimen Bagan Datuk turut mendakwa bahawa satu undi untuk Perikatan Nasional (PN) sebenarnya bermaksud satu undi buat PH.

“Bukankah Pengerusi PN yang beriya-iya mahu bersama PH sebelum ini? Maka tidak mustahil PN akan bekerjasama juga dengan PH akhirnya, terutama setelah gagal peroleh cukup kerusi untuk bentuk kerajaan.

“Sebab itu PPBM (Bersatu) tampak ‘down’ (kecewa) apabila ‘khemah besar’ tak menjadi. BN ‘of course’ (sudah tentu) tidak ada sebab pun untuk ‘down’ (kecewa). Buat apa perlu ‘down’ (kecewa), ‘What a joke’ (lawaklah). Lantak kome (kamu) le dengan ‘khemah besar’ kerana BN tetap BN,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-