Saturday, December 10, 2022

Pecat pemimpin veteran: UMNO kini terpaksa melutut di pangkuan DAP

agendaily.com
10/12/2022
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman mempelawa Tan Sri Annuar Musa menyertai Perikatan Nasional untuk sama-sama berjuang menyatupadukan bangsa Melayu dan Islam.

Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menyindir tindakan UMNO yang terus memecat beberapa individu terkenal kerana dipercayai tidak sehaluan dengan presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjadi pembela DAP.

Dr Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan tindakan memecat beberapa anggota veteran parti itu menyebabkan UMNO kini semakin kekurangan pemimpin sehingga terpaksa melutut di pangkuan DAP pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ya pecat lagi.. silakan… Dah lah puak kamu nyawa-nyawa ikan hingga melutut ke pangkuan DAP pasca PRU15, kamu kecilkan & ranapkan lagi dengan buang orang sendiri. Bagus!

“Presiden UMNO kini jadi pembela DAP untuk yakinkan rakyat khususnya Melayu-Islam dan Bumiputera agar menerima kerajaan luar tabie sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Zahid memutuskan untuk memecat keahlian Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa bersama dua Ketua Wanita UMNO Bahagian yang lain.

Mereka ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Shahidan dan Ismail tidak disenaraikan oleh UMNO pada PRU-15 lalu, namun bertanding atas tiket Perikatan Nasional dan berjaya mengekalkan kerusi masing-masing.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz mempelawa Annuar untuk menyertai Perikatan Nasional bagi meneruskan perjuangan menyatupadukan bangsa Melayu Islam.

Katanya bekas Annuar boleh menyertai Bersatu yang sentiasa mengalu-alukan penyertaannya untuk bersama-sama memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Katanya, sudah sampai masanya bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berhijrah menyertai Bersatu kerana berada dalam UMNO tidak membuahkan hasil yang boleh memberi manfaat kepada Alif Baa Taa.

“Hijrah bukan perkara asing bagi ahli politik yang tidak sehaluan dengan perjuangan partinya. Hijrah adalah satu fitrah biasa bagi umat Islam.

“Jom Tan Sri (Annuar) hijrah ke Perikatan Nasional (PN) demi meneruskan perjuangan Alif Baa Taa.

“Sebagai orang muda yang baharu dalam arena politik, saya ikhlas pelawa Tan Sri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-