Thursday, January 12, 2023

10 Ahli Parlimen Umno sokong Muhyiddin perlu dikenakan tindakan, kata pemimpin Umno

freemalaysiatoday.com
Danial Azhar
-January 11, 2023 11:41 PM

Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein (kiri), Ahli Parlimen Simpang Renggam, Hasni Mohammad (tengah) dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong antara 10 Ahli Parlimen BN yang menandatangani SD menyokong Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: 10 Ahli Parlimen Umno yang menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri mesti dikenakan tindakan disiplin, kata seorang pemimpin Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menamakan Hishammuddin Hussein (Sembrong), Hasni Mohammad (Simpang Renggam), Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Jalaludin Alias (Jelebu) antara 10 Ahli Parlimen yang menandatangani SD itu.

Katanya, semua Ahli Parlimen itu menandatangani SD itu pada 20 Nov, sehari selepas pilihan raya umum ke-15.

Menurutnya, tindakan tersebut adalah satu kesalahan kerana mereka sudah menandatangani SD untuk menyokong Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi sebelum PRU15 lagi.

Puad berkata, baki 10 lagi Ahli Parlimen itu yang didedahkan Zaid adalah M Saravanan (Tapah), Wee Jeck Seng (Tanjung Piai), Isam Isa (Tamping), Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah), Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) dan Abdul Rahman Mohamad (Lipis).

Katanya, BN tidak mengetahui tindakan 10 Ahli Parlimen itu tetapi selepas ia didedahkan, mereka diarahkan untuk menarik balik SD tersebut.

Tambahnya, perkara itu harus dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Umno.

“Zahid hari berkata, beliau sedia untuk ‘memaaf dan melupakan’ tetapi saya berharap parti akan menyemak semula perkara ini,” katanya.

Puad berkata, beliau berharap Ahli Parlimen itu tidak mengulangi kesalahan yang mereka lakukan itu dan patuh dengan peraturan parti.

Sementara itu, Puad berkata, lima ADUN Umno Sabah yang menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor juga harus dikenakan tindakan disiplin parti.

Umno dan BN Sabah menarik balik sokongan terhadap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah pada minggu lalu tetapi lima ADUN berkenaan enggan berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-