25/02/2023
Hambar dan mengecewakan. Demikian ulasan Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung Bajet 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, semalam.
Malah, belanjawan itu dianggapnya ‘indah khabar dari rupa’ yang dibentang di sebalik bunga-bunga bahasa, sedangkan janji kononnya bajet itu akan menghasilkan lonjakan ekonomi, tidak pula seperti yang dicitrakan.
Dalam kenyataan malam tadi (24 Februari 2023), beliau yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Machang, sedih kerana amat sedikit diketengahkan peranan kerajaan untuk membantu ekonomi Melayu dan Bumiputera.
“Negeri-negeri majoriti Melayu dan Bumiputera di Semenanjung seperti Kedah, Kelantan, dan Terengganu tidak langsung diberi insentif dan peruntukan pembangunan yang dapat mengubah nasib rakyat di sana.
“Tiada projek pemangkin ekonomi yang mahu disebut, walhal keutamaan dari segi keadilan ekonomi adalah di sana, seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke-12,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal juga mengatakan bahawa dendam politik Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) terhadap wakil rakyat parti lawan juga belum surut, termasuk tidak menyediakan peruntukan untuk pembangkang.
“Dendam politik juga belum surut. Peruntukan untuk semua ahli Parlimen pembangkang dinafikan terus.
“Walhal kami mendapat mandat yang besar dan jelas daripada rakyat!
“Manifesto Pakatan Harapan jelas berjanji memberi peruntukan sama adil buat semua wakil rakyat. Nampaknya seperti janji PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ) dalam manifesto – semua itu DUSTA belaka,” tegasnya lagi.
Lebih malang, kata Wan Ahmad Fayhsal tiada belas ihsan untuk peneroka Felda yang mana hutangnya telah Tan Sri Muhyiddin Yassin langsaikan ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, tapi kini dibatalkan semula.
Beliau berkata sepatutnya benda yang baik diteruskan saja.
“Mengapa dibuat begini? Adakah kerana majoriti pengundi Felda memilih Perikatan Nasional tempoh hari (pada Pilihan Raya Umum Ke-15)?
“Lain pula nikmatnya untuk Pulau Pinang yang diterajui DAP. Lapangan terbang dibesarkan tapi untuk Kedah, dibatalkan projek lapangan terbang untuk Kulim yang mampu mengangkat taraf sosio ekonomi dan industri orang Melayu di sana.
“Banyak lagi perkara tempang yang kami akan angkat dan bahaskan minggu hadapan. Bak kata pepatah: “the devils are in the details”!,” katanya.
Pada masa sama, Wan Ahmad Fayhsal juga mengetengahkan persoalan mengenai syarikat swasta mana yang akan membangunkan pelabuhan di Pulau Carey, Selangor seperti yang diumumkan dalam bajet itu.
“Khabar angin bertiup kencang dari kalangan orang-orang pelabuhan. Jangan digadaikan kedaulatan negara dalam perang proksi kuasa besar!
“Kami akan semak dan imbang nanti semua butiran yang tempang ini dalam perbahasan minggu hadapan,” katanya.
Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang juga Ahli Parlimen PN Machang.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.