FMT Reporters
13 Mar 2023
Ini menyusul pelantikan seorang Ahli Parlimen PKR dan bekas ketua Pemuda Umno sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd serta Mara.
PETALING JAYA: Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih membidas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kerajaan atas pelantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) baru-baru ini.
Pengerusi Bersih, Thomas Fann kesal dengan kerajaan Anwar yang meneruskan amalan melantik ahli politik dalam GLC, walaupun presiden PKR itu mendesak reformasi dilaksanakan sejak dua dekad lalu.
Katanya, pelantikan politik membabitkan naungan politik dan merugikan pengundi, jika ia melibatkan wakil rakyat sedang berkhidmat.
“GLC ialah penjaga kekayaan dan sumber awam, justeru kita perlu melantik orang paling layak bagi menambah nilai kepada entiti korporat ini, bukannya menghabiskan dananya melalui gaji lumayan dan manfaat.
“Dalam senario paling buruk, dana boleh dialihkan secara rasuah untuk kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menggesa Putrajaya bertanggungjawab terhadap sebarang pelantikan politik dan melaksanakan proses jelas bagi memastikan calon terbaik dipilih berdasarkan kelayakan mereka.
“(Ini patut terpakai) walaupun mereka bukan wakil rakyat seperti Asyraf Wajdi Dusuki,” katanya merujuk bekas ketua Pemuda Umno itu yang dilantik sebagai pengerusi Mara minggu lalu.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelantikan Asyraf dengan berkata, surat pelantikannya diserahkan Jumaat lalu.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Bakhtiar Wan Chik daripada PKR dilantik sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd.
Bakhtiar ialah bekas timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya. MyCreative ialah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Digital.
Ini menyusul pelantikan seorang Ahli Parlimen PKR dan bekas ketua Pemuda Umno sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd serta Mara.
Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan surat pelantikan pengerusi Mara kepada bekas ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki Jumaat lalu. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA: Kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih membidas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan kerajaan atas pelantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) baru-baru ini.
Pengerusi Bersih, Thomas Fann kesal dengan kerajaan Anwar yang meneruskan amalan melantik ahli politik dalam GLC, walaupun presiden PKR itu mendesak reformasi dilaksanakan sejak dua dekad lalu.
Katanya, pelantikan politik membabitkan naungan politik dan merugikan pengundi, jika ia melibatkan wakil rakyat sedang berkhidmat.
Bakhtiar Wan Chik.
“Masa dan tumpuan mereka akan dibahagikan antara melaksanakan tugas korporat serta kawasan Parlimen mereka. Ahli Parlimen dan Adun patut dilarang memegang jawatan dalam GLC.“GLC ialah penjaga kekayaan dan sumber awam, justeru kita perlu melantik orang paling layak bagi menambah nilai kepada entiti korporat ini, bukannya menghabiskan dananya melalui gaji lumayan dan manfaat.
“Dalam senario paling buruk, dana boleh dialihkan secara rasuah untuk kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menggesa Putrajaya bertanggungjawab terhadap sebarang pelantikan politik dan melaksanakan proses jelas bagi memastikan calon terbaik dipilih berdasarkan kelayakan mereka.
“(Ini patut terpakai) walaupun mereka bukan wakil rakyat seperti Asyraf Wajdi Dusuki,” katanya merujuk bekas ketua Pemuda Umno itu yang dilantik sebagai pengerusi Mara minggu lalu.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelantikan Asyraf dengan berkata, surat pelantikannya diserahkan Jumaat lalu.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Bakhtiar Wan Chik daripada PKR dilantik sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd.
Bakhtiar ialah bekas timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya. MyCreative ialah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Digital.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.