malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Mar 11, 2023 1:20 PM
PN berpandangan pertuduhan yang dikenakan terhadap pengerusinya Muhyiddin Yassin akan menambahkan lagi kekuatan gabungan itu bagi berdepan PRN akan datang.
Setiausaha Agung PAS yang juga Ahli Majlis Tertinggi PN Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya menerima respon yang baik daripada rakyat susulan perdakwaan terhadap bekas perdana menteri itu.
"Kita melihat dengan keadaan tuduhan-tuduhan yang dikenakan itu, kita menerima respon yang baik daripada rakyat bahawa ia perancangan untuk melemahkan PN .
"Saya tak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita, sebaliknya akan menambahkan lagi sokongan.
"Sesuatu yang berlaku terutamanya kepada pembangkang akan memberikan kelebihan. Kita yakin tidak akan melemahkan kita sebaliknya akan menambahkan kekuatan kita," katanya kepada media selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu hari ini.
Hadir sama dan merasmikan mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim.
Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata demikian ketika mengulas sejauh mana pendakwaan terhadap Muhyiddin akan menjejaskan kekuatan PN dalam PRN di enam negeri akan datang.
Semalam Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.
Sementara itu Takiyuddin berkata PN akan mengadakan jelajah seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pendakwaan tersebut.
"Kita akan mengadakan road show ke seluruh negara menerangkan kepada rakyat tentang isu.
"Kita akan pergi ke semua negeri kerana kita bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat dan penyokong. Kita rasa bertanggungjawab menjelaskan apa yang sedang berlaku dan apa yang akan kita buat.
"PN akan menggabungkan segala kekuatannya untuk PRN yang tak lama lagi," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.