Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my
FADHLINA beramah mesra dengan murid pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 di Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu (L) Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. FOTO Aswadi Alias
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) melihat tiada keperluan untuk pengusaha kantin di sekolah menutup premis mereka sepanjang Ramadan.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia kerana bukan semua murid beragama Islam di sekolah rendah berpuasa dan penting untuk menyantuni (murid) bukan Islam.
Justeru, Fadhlina menyarankan pengusaha kantin untuk terus membuka premis mereka dan berbincang dengan pihak sekolah bagi memastikan tidak timbul masalah berbangkit berkaitan itu.
"Dalam konteks ini tiada keperluan tutup. Saya ingin tegaskan hari ini adalah soal bagaimana keperluan menyantuni kanak-kanak bukan Islam dalam Ramadan.
"Saya yakin bukan hanya (murid) bukan Islam tetapi ada jugamurid Islam tak wajib berpuasa atau tak ada kekuatan melainkan ingin belajar jadi jangan risau soal itu (tutup kantin).
"Kita tak nak ada situasi makan di setor atau longkang. Hormati masing-masing punya agama dan budaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yavasan Petronas 2023, Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu (L) Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Hadir sama,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis.
Sempena program itu, Fadhlina menyampaikan sumbangan kepada 30 murid sebagai simbolik daripada 21,000 penerima di seluruh negara.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina menyambut baik cadangan Persatuan Sindrom Down untuk KPM mengubahsukatan pembelajaran golongan berkenaansupaya sesuai dengan pekerjaan.
Menurut Fadhlina, antara langkah KPM adalah dengan mengadakan sesi libat urus untuk memastikan perubahan dibuat setara dengan keperluan semasa.
"Kedua adalah ambil kira kitaran ansur maju kanak-kanak ini dan maknanya soal mengubah kurikulum atau meminda kurikulum iniia ada kepakarannya di KPM.
"Saya fikir sangat penting utk saya kongsikan bahawa sesu libat urus akan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa.
"Jadi jangan risau sesi itu akan berlangsung malah tadi pengarah bahagianmaklumkan kepada saya bahawa akan ada sesi tersebut untuk pastikan sesidan input ini kita dapat daripada semua pemegang taruh," katanya.
Disiarkan pada: Mac 22, 2023 @ 10:32am
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.