Friday, July 14, 2023

J-KOM patut jadi suara rakyat

agendaily.com
14/07/2023
Poster yang dikongsi oleh J-KOM sebelum ini menganggarkan belanjar dapur untuk keluarga seramai empat orang hanya RM397.80 sebulan atau RM99.45 seminggu namun ia ditarik balik selepas dikritik.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) sepatutnya menjadi suara rakyat kepada kerajaan soal situasi ekonomi sebenar di bawah bukannya menjadi alat propaganda hingga menyebabkan rakyat meluat dengan pemainan politik yang tiada henti.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia, Shahir Adnan berkata infografik terkini dikeluarkan jabatan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) jelas tidak masuk akal dibandingkan dengan situasi sebenar dihadapi rakyat.

“Terbaru, J-KOM menarik balik poster belanja bulanan yang dikeluarkan berkaitan isi rumah bersama dua anak yang mampu menanggung kehidupan pada kadar RM391 sebulan.

“Infografik tersebut jelas tidak masuk akal, seolah-olah mahu menjustifikasi bahawa harga barangan tertentu berkurang di bawah Kerajaan Perpaduan Madani.

“J-KOM perlu menjadi telinga rakyat dan menyampaikan isu-isu ekonomi rakyat, terus kepada perdana menteri. Penyelesaian ekonomi harus dimulakan sekarang agar kita tidak terlambat,” katanya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, J-KOM dilaporkan memadam hantaran yang memaparkan infografik ‘belanja dapur’ untuk keluarga dan golongan bujang selama seminggu dan sebulan.

Infografik tersebut sebelum ini disebarluaskan sebaik dimuat naik J-KOM dan dikritik malah disifatkan tidak logik.

Tegasnya, semua pihak kini harus menerima hakikat bahawa harga barangan telah meningkat dan Malaysia bakal berdepan dengan banyak masalah sekiranya nilai ringgit terus merudum.

“Kerajaan perlu memberikan penyelesaian terbaik untuk semua tanpa terikut-ikut rentak populis untuk memancing undi,” katanya.

Beliau turut menyentuh bahawa jabatan yang diketuai seorang ahli akademik itu seharusnya menggunakan fakta yang betul dan tidak terikut-ikut dengan rentak orang politik yang menjanjikan bulan dan bintang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-