Tuesday, November 28, 2023

Tak ada duit nak makan, tetamu tak diundang minta izin tuan rumah, letak nota kecil dalam sampul

malaysiadateline.com
Oleh MAISARAH AISYA
28/11/2023

Selalunya yang hadir ke majlis adalah kenalan rapat pengantin serta sanak saudara yang dijemput keluarga.

Namun ada juga tetamu yang tak diundang hadir ke majlis, ada yang datang tanpa rasa malu, malah selamba makan tanpa perasaan bersalah.

Buat tetamu tak diundang di Indonesia ini telah mencuit hati tuan rumah dengan nota kecilnya yang disediakan dalam sampul.

Menurut portal Okezone, tetamu tersebut makan di majlis perkahwinan tanpa diundang sebelum meminta izin daripada tuan rumah.


Individu itu mengaku bahawa dia hadir ke majlis tersebut tanpa dijemput serta membuat pengakuan menerusi nota yang diletakkan di dalam sampul wang.

Video yang dikongsikan di TikTok itu mendapat perhatian ramai apabila individu itu memaklumkan dia adalah seorang perantau yang menumpang makan kerana mempunyai masalah kewangan.

“Saya ialah tulang belakang keluarga dan tidak mempunyai wang mencukupi ketika ini. Saya perlu berjimat agar keluarga saya di kampung dapat makan dan hidup selesa.

“Saya meminta izin untuk makan di majlis anda. Saya juga meminta maaf kerana hanya boleh mendoakan pasangan pengantin.

“Mohon ikhlaskan makanan yang telah saya makan,” tulisnya dalam nota yang diselit dalam sampul duit.

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang senang dengan sikap jujurnya dan tidak hanya memberi sampul kosong.

“Begitulah orang yang mempunyai adab. Dia tahu bahawa dia tidak diundang, jadi dia meminta izin daripada tuan rumah,.

“Lebih hormat orang begini, daripada yang memberi sampul wang kosong,” antara komen netizen.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-