29/11/2023
Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit ini.
Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)
Bacaan Tekanan Darah
Kategori Tekanan Darah TinggiTekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHgTekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Optima < 120 And < 80
Normal < 130 < 85
High Normal 130 – 139 85 – 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 – 159 or 90 – 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 160 – 179 or 100 – 109
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3 ? 180 ? 110
Hipertensi Sistolik sahajaTekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHgTekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Peringkat 1
> 140 – 159
< 90
Peringkat 2
> 160
< 90
Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.
Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Di antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi
Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.Sebab yang tidak diketahui (90%)Sebab sekunder (10%)Penyakit buah pinggang
Penyakit sistem endokrin
Penyakit pembuluh darah
Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:Cara hidup tidak aktif
Umur melebihi 35 tahun
Merokok
Kegemukan
Paras kolesterol tinggi
Sejarah keluarga
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan garam yang tinggi
Tanda dan GejalaPengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:OtakSerangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
Penyakit jantung seperti :Coronary Heart Disease
Congestive Heart Failure
Left Ventricular HypertrophyKomplikasi pada mataPerdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive RetinopathyKomplikasi pada buah pinggangKegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).Peripheral vascular disease sepertiAneurysm
Kehilangan satu atau lebih denyut nadi
Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawattanpa menggunakan ubatanPerlu mengubah amalan cara hidup anda
Amalkan permakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
Melakukan senaman berkala
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal/optimaGalakkan amalan Gaya Hidup Sihat.
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Pra HypertensiAmalkan gaya hidup sihat
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
Amalkan pemakanan sihatKurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2Amalkan gaya hidup sihat
Berhenti merokok
Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
Pengesanan komplikasi terutamanya :Jantung
Ginjal
Mata
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3Rawatan dengan pemberian ubatan
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
Dapatkan keterangan lanjut dari doktor
Hypertensi sistolik sahajaRawatan dengan pemberian ubatan jika BP ? 160/100
Kumpulan SokonganPertubuhan Hypertensi Malaysia (Malaysian Society of Hypertensi)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.