Wednesday, March 20, 2024

Arahan drastik kerajaan jejaskan peniaga

hmetro.com.my
Baharom Bakar
am@hmetro.com.my
Pasaraya masih mengekalkan harga lama BPI. FOTO/BAHAROM BAKAR.

Kuala Terengganu: Arahan penurunan harga Beras Putih Import (BPI) antara RM2 dan RM3 bermula hari ini sukar dipatuhi peniaga dan pemilik pasar raya di sini, berpunca tindakan drastik kerajaan itu.

Tinjauan wartawan ke beberapa pasar raya mendapati BPI masih dijual pada harga antara RM43.29 sen dan RM49.50 sen bagi setiap beg mengandungi 10 kilogram (kg).

Harga BPI bagi paket beras lima kg pula dijual pada harga antara RM19.94 sen dan RM21.59 sen.

Seorang pengurus pasar raya mahu dikenali sebagai berkata, pihaknya mendapat bekalan pelbagai jenama BPI pada harga lama Sabtu lalu.

Katanya, kerajaan sepatutnya mengambil kira bekalan stok lama sebelum memutuskan untuk menurunkan harga.

"Kami masih mempunyai bekalan BPI yang dihantar pembekal pada harga lama seberat kira-kira 2,500 metrik tan.

"Jika kami menurunkan harga seperti ditetapkan kerajaan, siapa yang akan menanggung kerugian kerana pembekal membekalkan BPI pada harga lama," katanya tadi,

Kerajaan mengumumkan supaya harga runcit BPI diturunkan antara RM2 dan RM3 di pasaran berkuat kuasa hari.

Keputusan penurunan harga BPI dibuat dalam Mesyuarat Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Bil 1/2024 dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Ahmad Fadhil berkata, pihaknya bersedia menurunkan harga seperti ditetapkan kerajaan jika bekalan beras lama habis.

Pengurus Hyper Market, Wong Foon Sing, berkata, pihaknya baru menerima bekalan BPI sebanyak 1,000 metrik tan Isnin lalu,

Katanya, pembekal tidak memaklumkan bahawa berlaku penurunan harga BPI dan menetapkan harga borong lama.

"Sepatutnya kerajaan memberi tempoh sehingga penghabisan bekalan lama belum memutuskan menurunkan harga.

"Setakat ini kita tidak menerima sebarang arahan penurunan harga BPI daripada pembekal dan agensi kerajaan termasuk Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)," katanya.

Disiarkan pada: Mac 20, 2024 @ 1:29pm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-