Thursday, March 7, 2024

Rafidah terkejut 'memo bocor' kilang Goodyear tutup

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 7, 2024 2:45 PM
Bekas menteri Rafidah Aziz terkejut dengan hantaran tular di media sosial mengenai Goodyear Malaysia akan menutup kilang pembuatannya yang berusia 52 tahun di Shah Alam, Selangor, berkuat kuasa pada 30 Jun ini.

“Ia satu kejutan yang tidak dijangka untuk membacanya di media, mengenai entiti lama dalam sektor perindustrian, Goodyear telah memutuskan untuk menutup operasinya di Malaysia.

“Ia mesti membuatkan kita bermuhasabah untuk memahami sebabnya,” kata Rafidah kepada Malaysiakini.

“Kerajaan mesti segera bertindak balas terhadap perkembangan sebegini.

“Walaupun menggembar-gemburkan berbilion-bilion pelaburan yang mungkin, jangkaan sedang diperkatakan dan dibincangkan, adalah sangat penting agar entiti industri dan perniagaan yang sudah ada di sini tidak menutup kedai dan pergi ke negara lain,” katanya lagi.

Malaysiakini sedang menghubungi Goodyear untuk mendapatkan pengesahan.

Rafidah berkata Malaysia tidak boleh sama sekali bergantung kepada pemeteraian memorandum persefahaman untuk mengukur tahap pelaburan.

Namun, katanya kerajaan harus memastikan terdapat memorandum aku janji pelaburan yang serius yang merangkumi butiran sertakomitmen terhadap lokasi tapak dan tenaga kerja.

Kilang pindah ke mana?

“Lokasi tapak, struktur tenaga kerja, seperti pengurus dan eksekutif, pekerja mahir dan pekerja tidak mahir, sama ada produk itu berorientasikan eksport dan/atau untuk pasaran domestik.

“Jumlah dan nilai jangkaan jualan tahunan, sebarang usaha sama, dan maklumat lain yang berkaitan harus dimasukkan dalam mana-mana memorandum aku janji, terutamanya jika perdana menteri atau menteri menjadi saksi,” jelas Rafidah, yang berkhidmat sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri dari 1987 hingga 2008.

Memo dalaman yang dikatakan bocor itu memetik Presiden Asia Pasifik Goodyear Tyre & Rubber Company Nathaniel Madarang berkata penutupan itu merupakan sebahagian daripada "program transformasi" syarikat itu.

Dia berkata kira-kira 550 jawatan dalam operasinya di Malaysia akan terjejas.

Kilang Goodyear di Shah Alam dibuka 52 tahun lalu pada 1972.

Rafidah menggesa kerajaan mendedahkan berapa banyak syarikat yang telah menutup operasi di Malaysia.

“Ke mana mereka telah berpindah? Mengapa mereka berhenti operasi di Malaysia?

"Teliti apakah faktor pendorong yang mendorong mereka untuk tutup dan lebih teruk lagi, berpindah ke tempat lain," katanya.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-