Tuesday, March 5, 2024

Terima kritikan rakyat, bukan sekat bersuara

harakahdaily.com.
March 5, 2024

KUALA LUMPUR: Kerajaan sepatutnya mendengar pandangan rakyat dan menerima segala kritikan dan bukannya menyekat suara rakyat.

Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) berkata, teguran-teguran itu sebenarnya penting untuk menjadikan kerajaan lebih baik.

“Sebab itulah saya berharap pada kerajaan, andai kata ada teguran-teguran yang dibuat oleh rakyat, terima,” ujarnya ketika berucap pada sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Tambahnya, sebagai kerajaan dan pemerintah, mereka perlu menerima kelemahan yang dilakukan bukannya dengan bertindak balas terhadap media sosial rakyat kerana mengkritik mereka.

“Berkata benarlah walaupun pahit. Tetapi apabila pahit saja kena pada kita, kita mula nafikan dan lantas kita sekat video, mesej dan maklumat yang diberi yang dikeluarkan oleh rakyat.

“Sedangkan rakyat membantu kita, membantu kerajaan. Sepatutnya terima dengan baik. Kalau boleh mengaku kelemahan kita,” ujar beliau.

Malah, jelas Dr Ismail, sekiranya pihak kerajaan berterima kasih dengan teguran yang dibuat oleh rakyat ia boleh menyebabkan rakyat bertambah sayang pada mereka.

“Hari ini mereka terlalu benci kepada kerajaan. Saya turun di mana-mana sahaja saya pergi mereka bertanya lagi?

“Datuk, bila lagi nak tukar kerajaan ni? Bila lagi nak tukar kerajaan ni? Ini bermakna kekecewaan rakyat dirasakan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-