Saturday, October 19, 2024

Anwar tiba di Jakarta petang tadi

kosmo.com.my
Oleh KOSMO!
19 Oktober 2024
Anwar tiba di Jakarta petang tadi bagi menghadiri Upacara Pelantikan Presiden dan Wapres Republik Indonesia esok. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jakarta bagi menghadiri Upacara Pelantikan Presiden dan Wapres Republik Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi hantaran ringkas di Facebook hari ini.

“Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Jakarta petang ini usai acara di Sabah.

“Esok saya akan menghadiri Upacara Pelantikan Presiden dan Wapres Republik Indonesia, insya-Allah,” katanya

Anwar mengadakan lawatan kerja ke Indonesia dari 19 hingga 20 Oktober atas undangan Kerajaan Indonesia untuk menghadiri Majlis Pelantikan Prabowo Subianto sebagai Presiden kelapan dan Gibran Rakabuming Raka sebagai Naib Presiden.

Selain itu, Anwar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden baharu itu.

Prabowo menggantikan Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, yang berkhidmat sebagai Presiden Indonesia ketujuh selama dua penggal (2014-2019 dan 2019-2024).

 – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-