malaysiakini.com
ByJanatul Firdaus Yaacob
22/01/2025
KUALA LUMPUR – Sekretariat perhimpunan antirasuah bertegas untuk meneruskan demonstrasi yang dijadualkan pada 25 Januari meskipun mendapat amaran daripada pihak polis.
“Demonstrasi ini akan tetap diteruskan. Kami menuntut pihak berkuasa menghormati hak rakyat, bukan mengkhianati mereka.
“Pihak polis sepatutnya memudah cara perhimpunan awam, bukan menyekatnya. Jangan menjadi seperti sang pegar, yang kita berharap kepadanya, namun dia juga lah yang memakan padi.
“Rakyat tidak akan tunduk kepada intimidasi dan gelombang kebangkitan ini akan terus menggugat kezaliman kuasa,” kata penganjur dalam kenyataan pada Rabu.
Sekretariat perhimpunan menjelaskan mereka telah menyerahkan notis yang diperlukan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 15 Januari, selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Namun, mereka terkejut apabila pada 17 Januari, polis meminta mereka mendapatkan kebenaran daripada pemilik lokasi yang dirancang sebagai tempat berkumpul, mendakwa ia merupakan keperluan di bawah Seksyen 11 akta yang sama.
“Kami juga menghantar emel susulan pada 20 Januari untuk berbincang susulan notis yang diterima pada 17 Januari, tetapi tiada respons.
“Sikap diam pihak IPD Dang Wangi mencerminkan kelemahan institusi dan keangkuhan birokrasi.
“Kami tegaskan, kegagalan ini adalah liabiliti mereka, bukannya tanggungjawab penganjur,” tambah mereka.
Sekretariat itu juga mengecam kerajaan, dengan mengingatkan menteri dan pegawai mereka agar tidak menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan peribadi.
“Manipulasi terhadap undang-undang untuk menindas hak rakyat berhimpun adalah suatu pencabulan hak demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.