Tuesday, January 21, 2025

Kenapa MP-MP Umno membisu, takut kepada DAP?

Kenapa MP-MP Umno membisu, takut kepada DAP?

Pengambilalihan saham MAHB oleh entiti asing
January 21, 2025



KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Syed Hasan Syed Ali menyuarakan rasa kecewa terhadap Ahli-ahli Parlimen Umno dalam kerajaan yang membisu berhubung pengambilalihan saham MAHB.

Mereka menurutnya, tidak mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dan negara sejak bekerjasama dengan DAP, sebaliknya dilihat hanya menjaga kepentingan diri, keluarga, dan kroni masing-masing.

“Tak lama lagi (andai) ada kroni-kroni akan jadi ‘Board of Director’ dekat MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) yang baru, anak ke, anak saudara ke, oh (dikatakan) kebetulan. Ini semua memalukan. Tatakelola ke laut.

“Janji, cakap tak serupa bikin. Rakyat melihat ini. Sedihlah saya. Yang paling sedih MP-MP Umno yang tak setuju kononnya bersama dengan DAP tapi membisu, memalukan.

“MP-MP Umno tolonglah bangkit. Jangan menikus. Apasal, (ada) ‘fail besar’ ke? ‘Fail tebal’ ke? Takut (dengan DAP)? Sedihlah,” ujarnya dalam sidang media selepas serahan memorandum isu tersebut, di sini tengah hari tadi.

Antara yang hadir termasuk aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Elad; Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustaffa dan Naib Pengerusi UMMAH, Hishamuddin Abu Bakar.

Beliau menegaskan bahawa keputusan menjual saham MAHB kepada BlackRock adalah langkah tidak bertanggungjawab, apatah lagi syarikat tersebut dikaitkan dengan kepentingan Zionis dan tidak memiliki rekod cemerlang dalam pengurusan lapangan terbang global.

“Kenapa tak jual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB)? Kenapa tak jual kepada anak-anak syarikat yang ada ‘fund’ besar? Kenapa jual kepada (syarikat) asing? Oh kerana mereka cekap menguruskan lapangan terbang?

“GIP-Blackrock tak ada rekod menguruskan lapangan terbang seluruh dunia yang baik, kenapa pilih mereka? Ini kenapa ni? Saya tak faham kenapa mesti Blackrock. Dahlah itu Blackrock ni kita tahu hubung kait dengan Amerika Zionis.

“Kita bagi pula nanti tak lama lagi. Dia yang uruskan ‘airport-airport’ seluruh negara kita. Ini banyak kali dicakap tapi kerajaan teruskan juga. Kerajaan bukan tak tahu menjadi merugikan negara.

“Kerajaan bukan tak tahu benda ni membahayakan keselamatan dalam negara kerana pintu-pintu masuk ni diuruskan oleh asing. Syarikat asing. Tahu benda ni tapi tetap juga jual,” katanya. 

– HARAKAHDAILY 21/1/2025

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-