Diterbitkan: Feb 7, 2025 9:00 AM
Pendakwah bebas Zakir Naik, yang mencetuskan kontroversi selepas dilihat berucap di Perlis baru-baru ini, mempunyai tauliah rasmi untuk mengajar agama Islam di negeri itu.
Menurut sumber, tauliah tersebut dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) dan ditandatangani oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Pengurniaan tauliah ini dibuat mengikut Seksyen 118 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang memberikan kuasa kepada pihak berkuasa agama negeri untuk meluluskan tauliah mengajar Islam.
"Zakir Naik telah mendapat tauliah mengajar agama Islam di Perlis bermula 2 Oktober 2023.

Terdahulu, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kesediaannya untuk “bertempur” dengan seorang ahli parlimen DAP yang mempertikaikan program agamanya di Perlis.
“Namun, jika MP DAP itu ingin sangat menjual, saya insya-Allah akan membeli seperti yang pernah saya beli ketika 'gemulah politik DAP' yang lepas menjualnya,” katanya.
Kenyataan keras itu dipercayai merujuk kepada kontroversi konvensyen agama yang dihadiri oleh Zakir Naik, penceramah yang sebelum ini diharamkan berceramah di Malaysia.

Sebelum ini, pada Ogos 2019, polis mengeluarkan arahan melarang Zakir daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.
Larangan itu dibuat selepas Zakir didakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai orang Hindu dan Cina di Malaysia pada satu ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos 2019.
Sebelum larangan itu dikuatkuasakan, tujuh negeri telah lebih awal melarang ceramah Zakir Naik, iaitu Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak dan juga Perlis.
Namun, kini Perlis dilihat memberi laluan kepada Zakir Naik untuk kembali berceramah dengan tauliah rasmi sehingga 31 Disember 2025.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.