Showing posts with label ADUN Changkat Jong. Show all posts
Showing posts with label ADUN Changkat Jong. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Ini bukan di negeri Kelantan, Kedah atau P Pinang .................


Poto di atas ni Wak terjumpe di laman blog Intan Hijau @ DUN Changkat Jong, Teluk Intan, Perak. Poto ni menunjuk kan pemandangan se buah perkampungan melayu tradisi di pinggir bandar Teluk Intan. Nama kampung ni pun istimewa juge - Kampung Beca.

Sebab2 ianye di namakan Kampung Beca mungkin kerane penduduk2 nye terdiri dari warga pengayuh beca belake. Hari ni pengayuh2 beca ni dah pupus di telan zaman. Boleh di kate kan ianye cume tinggal dua tiga orang sahaja yang masih buat kerja ni.

Sebenar nye Wak bukan nye nak cerite tentang beca, tapi tentang Kampung Beca. Di pinggiran bandar Teluk Intan ni memang nye banyak kampun2 melayu seperti Kampung Terengganu, Kampun Durian Sebatang, Kampung Kebun Limau dan lain2 lagi.

Boleh di kate kan semua kampung melayu ini terletak di pinggiran sungai. Penduduk2 nye hampir 100% terdiri dari kaum melayu. Kampung2 melayu di Teluk Intan ini sudah ujud lame sebelum merdeka. Keadaan di kampung ini tidak pernah berubah  keadaan nye same sahaja hingge ke hari ini.

Sekarang Wak mau cerite sikit tentang kampun2 melayu di pinggir Teluk Intan. Mari kite rujuk kembali kepade poto di atas - poto ini di ambil bukan nye di musim tengkujuh, tetapi ianye di ambil pade waktu 'air pasang'. Oleh kerane hampir semua kampung2 melayu ini letak nye di pinggir sungai make ini lah akibat nye bile tibe air pasang.

Ianye sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk2 di sini dengan keadaan begini semenjak dari dahulu kale. Adakah berkemungkinan keadaan ini akan berubah jika pemerintahan BN/UMNO di tumbangkan dan di ganti kan dengan Pakatan Rakyat? Sudah terlalu lame BN/UMNO memerintah, malang nye keadaan kaum melayu di pinggiran bandar Teluk Intan ini masih tidak berubah.

Kunjungan YB Tn Hj Anwar Sudin ADUN Changkat Jong, Teluk Intan, Perak ke Kampung Beca.

Friday, April 13, 2012

Ianye tidak semudah itu....................


Wak pun heran juge mengapa PAS ni terlalu berharaf sangat agar negeri Perak jatuh ketangan Pakatam Rakyat. PAS ni harus ingat bahawa UMNO mempunyai 26 seat yang solid, termasuk 3 kerusi bebas. Sedang kan PAS cume ade 6 kerusi sahaja. Majoriti kerusi di pehak PR di kuasai oleh DAP dan PKR, sedangkan bilangan melayu nye hanye tidak sampai 10 orang. Wak tidak boleh bayang kan bagaimane nasib kaum melayu jika PR berkuasa di Perak.

Wak ni pun bukan nye bijak sangat tentang politik ni. Tapi dengan sekali imbas saje pada carta di atas ni kita sudah dapat faham tentang siapa yang sebenar nye berkuasa di Perak semasa zaman pemerintahan PR dulu. Tujuh orang EXCO nye terdiri dari kaum bukan melayu/islam. Sedangkan PAS cume ada dua orang sahaja termasuk MB nye .

Ini bermakna PAS cume ade satu suara sahaja dalam EXCO pemerintahan negeri Perak. Ape sebenarnye PAS boleh buat dengan seorang sahaja EXCO nye ini? Perkara yang hampir serupe sebegini juge sedang berlaku di negeri Selangor. PAS Selangor cume jadi tunggul kayu sahaja dalam EXCO negeri Selangor.

Sebenar nye DAP lah yang berkuasa dan ade suara majoriti dalam DUN Perak. PAS dan PKR cume jadi pengikut nye sahaja. Wak nak soalan sikit, adakah DAP lebih baik atau sesuai untuk kaum melayu? Wak tidak pernah kate UMNO itu baik, tetapi ini saja lah yang kita ade dapat lebih baik jika dibandingkan dengan DAP.

6 orang ADUN PAS itu ade yang menang dengan majoriti kurang dari 100 undi. Kemenangan PAS di beberapa kawasa seperti DUN Changkat Jong adalah hasil dari sokongan kaum bukan melayu.islam. Orang2 melayu di Perak masih lagi kuat menyokong UMNO. UMNO berjaya mengekalkan 26 kerusi nye di Perak.

Kalau PAS ade memiliki lebih kerusi dari DAP dan PKR make Wak akan sokong 100% PR memerintah negeri Perak.

Sunday, March 18, 2012

DUN Cangkat Jong - telur di hujung tanduk............

Wak nak buat sikit ramalan tentang kawasan DUN Changkat Jong, Teluk Intan. Perak. Pada pendapatan Wak pada PRU 13 ni berakhir lah kuasa PAS kawasan DUN Changkat Jong. Sebelum Wak teruskan hujah2 Wak Wak minta penyokong2 PAS bersabar dan jangan emosi.

Wak sanggup berkata demikian berdasarkan pemerhatian Wak sepanjang masa PAS berkuasa di kawasan DUN Changkat Jong. Per tama2 nya kemenangan PAS se mate2 ada berlaku pergeseran dalam UMNO kerana tersalah pilih calun nye. Penyokong2 Onn sudah sabotage sama calun baru yang di pilih oleh pucuk pimpinan UMNO. Sekarang 'kiambang sudah bertaut'.

Ke dua, jika calun PAS yang sedang pegang jawatan ADUN ni dikekalkan, make PAS langsung tiada peluang. Wak kate demikian kerana ADUN ni kurang mesre rakyat nye. Ini bukan saja dari cerita2 desas desus di kalangan rakyat, tapi Wak sendiri pernah alami nye.

Insiden ni berlaku di sebuah gerai minum @ pusat edaran akhbar Harakah dan Keadilan. Terus terang Wak sebut kan name gerai tu - gerai Azam Brothers, Teluk Intan. Perkara ni sudah berlalu agak lame juge iaitu kalu tak silap pada tahun lepas. Masa tu Wak sedang bersarapan pagi, ADUN PAS ni berhentikan kereta merce nya di hadapan gerak, keluar dan terus masuk ke gerai.

Beliau terus menuju ke kaunter akhbar Harakah, ambil senaskah bayar dan terus keluar menuju kereta merce nye. Wak sangat berasa hampe kerana beliau tidak pun mau atau sudi berhenti sejenah untuk bersalam salaman dengan kami yang sedang minum. Mungkin ini satu kesilapan Wak kerana tidak bangun dan hulur tangan terlebih dahulu. Bukan nye Wak tak mau bangun, tetapi ianya berlaku terlalu pantas.

Perkasa sedemikian juge Wak pernah dengar dari kawan2, ADUN ni memang begitu, dia tak kan salam dengan orang yang dia tidak kenal. Dia cuma boleh salam ketika dia buat lawatan2 resmi/tidak resmi saje. Ketika itu mesti ada juru poto bersame.


ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-