Showing posts with label JUDI BOLA. Show all posts
Showing posts with label JUDI BOLA. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

JUDI??? - tepuk dada, tanya selera, mau berjudi? Di mana2 pun ada pada bila2 masa sahaja - MALAYSIA BOLEH

Judi

Judi ialah permainan yang melibatkan penaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya:
  • Nombor Ekor
  • Sabung Ayam
  • Judi Bola
Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil: Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.

Kesan Perjudian ke Atas Pemikiran

Bagi mereka yang ketagih judi, fokus pemikiran mereka adalah pada pejudian semata-mata sehingga mengabaikan perkara-perkara yang lain. Lebih teruk lagi, mereka akan mengkaitkan segala yang berlaku sebagai nasib, kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian yang besar. Selain itu, modal penyelesaian masalah mereka adalah tidak logik. Mereka sentiasa mencari bantuan daripada alam ghaib untuk kejayaan dalam hidup. Contohnya mereka mungkin memberi "batu hikmah" yang "dapat meningkatkan tuah" untuk menjayakan hidup. Pendek kata, perjudian akan mempengaruhi seseorang sehingga berpemikiran magis.

Kesan Perjudian ke Atas Kehidupan

Perjudian akan membawa kepada ketidaktetapan pendapatan kepada seseroang. Ini adalah kerana dalam perjudian, seseorang sentiasanya mengalami menang-kalah secara mendadak dan secara rambang. Tanpa pendapatan yang tetap, seseorang itu sukar untuk menguruskan hartanya dengan baik. Maka tidak hairan bahawa si penjudi sentiasanya mengalami masalah kewangan.

Di Malaysia, judi sudah menjadi satu perkara biasa. Berbagai jenis judi ujud di Malaysia - ada judi HALAL, judi HARAM pun lagi banyak ada. Perkara judi ini langsung tidak menghairankan atau satu perkara yang luar biasa - ianya sudah menjadi darah daging dan lumrah hidup bagi sesetengah orang Malaysia.

Judi di Haramkan kepada orang yang beragama Islam. Malang nya masih lagi ramai orang islam berjudi. Walaupun Malaysia di akui sebagai negara Islam tertapi judi tetap halal jika ianya berlesen. Sebenarnya lesen2 judi ini sama juga dengan lesen arak, ianya cuma diluluskan kepada orang kafir sahaja.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-