Thursday, May 13, 2010

JUDI??? - tepuk dada, tanya selera, mau berjudi? Di mana2 pun ada pada bila2 masa sahaja - MALAYSIA BOLEH

Judi

Judi ialah permainan yang melibatkan penaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya:
  • Nombor Ekor
  • Sabung Ayam
  • Judi Bola
Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil: Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.

Kesan Perjudian ke Atas Pemikiran

Bagi mereka yang ketagih judi, fokus pemikiran mereka adalah pada pejudian semata-mata sehingga mengabaikan perkara-perkara yang lain. Lebih teruk lagi, mereka akan mengkaitkan segala yang berlaku sebagai nasib, kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian yang besar. Selain itu, modal penyelesaian masalah mereka adalah tidak logik. Mereka sentiasa mencari bantuan daripada alam ghaib untuk kejayaan dalam hidup. Contohnya mereka mungkin memberi "batu hikmah" yang "dapat meningkatkan tuah" untuk menjayakan hidup. Pendek kata, perjudian akan mempengaruhi seseorang sehingga berpemikiran magis.

Kesan Perjudian ke Atas Kehidupan

Perjudian akan membawa kepada ketidaktetapan pendapatan kepada seseroang. Ini adalah kerana dalam perjudian, seseorang sentiasanya mengalami menang-kalah secara mendadak dan secara rambang. Tanpa pendapatan yang tetap, seseorang itu sukar untuk menguruskan hartanya dengan baik. Maka tidak hairan bahawa si penjudi sentiasanya mengalami masalah kewangan.

Di Malaysia, judi sudah menjadi satu perkara biasa. Berbagai jenis judi ujud di Malaysia - ada judi HALAL, judi HARAM pun lagi banyak ada. Perkara judi ini langsung tidak menghairankan atau satu perkara yang luar biasa - ianya sudah menjadi darah daging dan lumrah hidup bagi sesetengah orang Malaysia.

Judi di Haramkan kepada orang yang beragama Islam. Malang nya masih lagi ramai orang islam berjudi. Walaupun Malaysia di akui sebagai negara Islam tertapi judi tetap halal jika ianya berlesen. Sebenarnya lesen2 judi ini sama juga dengan lesen arak, ianya cuma diluluskan kepada orang kafir sahaja.

7 comments:

  1. Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

    ReplyDelete
  2. ingat nak hapus lesen haramjadah ap apa,ini lagi bagi.umnco pun mmg ditaja tokeh judi vincent tan kah kah kah,org kampung boleh lah tipu wak oiii

    ReplyDelete
  3. 1 msia 1 israel,sport toto kepunyaan berjaya group(vincent tan)dah habis ikut penasihat,sikit lagi bergegar malapetaka,smua kena ngan mufti sering telinga pun kena.

    ReplyDelete
  4. yahudi dah buat hal.najib dengar saja,rakyat ikut pasai benci sangat kat anwar tu pasai apa.dia usik punggung wak ke.wak ada ke malam tu,bersetongkol sama,menyebar fitnah.ingat kita ada family,buta je nanti kena kat adik beradik kita,tuhan maha kaya.apa yg kita niaya org akan kembali pada kita

    ReplyDelete
  5. yahudi dah buat hal.najib dengar saja,rakyat ikut pasai benci sangat kat anwar tu pasai apa.dia usik punggung wak ke.wak ada ke malam tu,bersetongkol sama,menyebar fitnah.ingat kita ada family,buta je nanti kena kat adik beradik kita,tuhan maha kaya.apa yg kita niaya org akan kembali pada kita

    ReplyDelete
  6. Tak luluskan secara sah pun dia buat secara haram.

    Yang di kampung tu pun main laga ayam.

    Gila judi sampai lupa anak bini. Balik rumah mintak duit dari bini, tak diberi dipukul separuh mati.

    Is MCA a DAP in disguise?

    ReplyDelete
  7. Orang kafir yg bijak pun menolak judi..
    inikan pula yg berwajah muslim memberikan kata laluan agar dijalankan kerja haram..???
    Yg mengharamkan judi tu dalah Sang Pencipta kita ni..undang2 Allah adalah utk manusia..tak kira islam atau kapir...mesti ada kebaikan disana tapi bila nafsu mengeuasi akal fikiran maka terjadilah apa yg dipertontonkan kepada kita sekarang ni...
    semuanya akan mendanpat sahamnya..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-