Showing posts with label Mahkamah Tinggi Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah Tinggi Shah Alam. Show all posts

Saturday, March 26, 2016

Ini jawapan KPN kenapa tidak perlu mohon maaf..........

Khalid tampil beri penjelasan isu sebenar

          
Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tampil menjelaskan isu sebenar kepada pihak media mengapa beliau enggan memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid Amzah.

Ia susulan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis lalu mendapati beliau bersalah kerana kemungkiran awam berhubung kematian remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak oleh anggota polis, Koperal Jenain Subi enam tahun lalu.

Berikut ucapan Khalid menerusi program Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini, hari ini.

"Saya mendapat banyak pertanyaan sama ada akan mohon maaf selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam buat keputusan terhadap kes sivil kematian Aminulrasyid. Saya tidak akan memohon maaf kerana kenyataan yang dibuat ketika itu adalah berdasarkan kepada fakta kes itu pada masa itu.

"Kalau mahkamah tidak membincangkan kewujudan dalam parang dalam kereta itu..itu bukan masalah saya. Tapi faktanya parang itu wujud dalam kereta itu dan kalau kita tengok rekod tengok pun, parang itu dihantar ke jabatan kimia untuk dibuat ujian. Tapi oleh kerana fakta parang tidak dibangkitkan semasa kes sivil itu..itu bukannya masalah saya,” katanya.

Beliau berkata, tidak timbul soalan untuk beliau minta maaf kerana didakwa berbohong atau sengaja buat kenyataan untuk lindungi anggota polis.

"Itu tak benar. Jadi, tiada sebab mohon maaf. Saya tidak berlagak sombong atau riak tapi saya berpegang pada fakta kes itu. Saya tak pernah sebut arwah menggunakan parang itu saya cuma kata parang ditemui dalam kenderaan itu.

"Jadi jangan ada orang cuba nak memusingkan dan mengolah cerita lain pula...saya beri amaran jika ada pihak lain buat cerita lain saya akan ambil tindakan kerana apa yang saya sebut semasa menjadi Ketua Polis Selangor adalah berdasarkan fakta,” katanya.

Thursday, December 24, 2015

Hamidah perlu bayar dan hormati keputusan mahkamah, kata Khalid

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata bekas ketua wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman mesti menghormati perintah mahkamah dan membayar ganti rugi seperti diperintahkan terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2015.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang dianugerahkan RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos kerana difitnah Datuk Hamidah Osman hari ini berkata bekas ketua wanita Umno Gopeng itu mesti menghormati perintah mahkamah.

"Peguam saya sudah menulis surat kepadanya dan peguamnya beberapa kali meminta dia membayar wang itu tetapi tidak ada sebarang respons," kata Khalid ketika ditanya sama ada beliau serius dalam menguatkuasakan penghakiman itu.

Ini kerana, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 April lalu itu membuktikan kewajaran Khalid selepas mendapati bekas pemimpin Wanita Umno Perak itu bertanggungjawab atas tindakannya.

Peguam yang biasa dengan kes saman fitnah berkata, ahli politik biasanya memfailkan saman fitnah itu terutama untuk "memberitahu dunia" yang mahkamah sudah menghukum defendan dengan mencemar reputasi mereka.

Khalid berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain mendapatkan pegawai mahkamah menyita barangan kepunyaan Hamidah kerana wanita itu enggan membayar pampasan ganti rugi selepas kalah dalam kes itu.

Rabu lalu, bailif mahkamah menyita barangan di rumahnya di Kampung Tersusun Jalan Gopeng, Batu Gajah, Perak.

Hari ini, bekas exco kerajaan negeri Perak itu berkata beliau tidak berpuas hati dengan cara bekas peguam beliau mengendalikan saman fitnah itu.

Khalid berkata, Hamidah menghubunginya semalam dan hari ini tetapi beliau hanya meminta bekas ahli Umno itu untuk menghormati perintah mahkamah.

Bekas ahli PAS yang kini menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, seingatnya Hamidah tidak menunjukkan sebarang penyesalan ketika diminta memohon maaf selepas penerbitan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" dalam blognya pada sekitar Januari 2010, yang memuatkan gambar superimposed Khalid berpakaian ala seorang paderi.

"Beliau malah membuang buktinya yang menyebabkan Mahkamah Tinggi itu menolak saman saya," katanya.

Khalid berkata beliau tiada pilihan selain mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin menguatkuasakan penghakiman itu kerana tidak ada jawapan daripada Hamidah atau peguamnya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada April mengarahkan Hamidah membayar pengarah komunikasi Amanah itu RM150,000 sebagai ganti rugi.

Mahkamah itu pada mulanya menolak saman Khalid tetapi Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu pada Disember 2013.

Mahkamah Rayuan juga mengarahkan Hamidah membayar Khalid RM50,000 sebagai kos.

Penilaian ke atas ganti rugi itu dibuat Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Firdaus Sidqi Shahril Azli.

Khalid menyaman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat dan ketua penerangan Wanita Umno itu pada 23 Disember, 2011 berhubung posting di blognya itu.

Bulan lalu, Hamidah dipecat daripada parti itu kerana didakwa menggesa peletakan jawatan presiden parti Datuk Seri Najib Razak kerana skandal 1Malaysia Development Berhad dan wang RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadinya.

Hamidah juga menjemput bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik lantang Najib, menghadiri satu sesi dialog di Ipoh pada bulan September. – 24 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hamidah-perlu-bayar-dan-hormat-keputusan-mahkamah-kata-khalid#sthash.8kXmlBZ1.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-