Showing posts with label Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah. Show all posts

Tuesday, November 29, 2016

Polis: Kalau perlu, Maria akan ditangkap lagi

Polis tidak menolak kemungkinan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah ditangkap sekali lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun dibebaskan daripada siasatan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Maria turut disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman (APA).


Untuk kesalahan-kesalahan bawah APA yang telah beliau lakukan, itu sudah tentu (ada kemungkinan).

“Kita tengoklah. Kalau perlu kita tangkap, kita tangkap,” kata Khalid.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan Maria akan ditangkap semula selepas dibebaskan semalam.

Wednesday, November 23, 2016

Perempuan-perempuan berarak untuk Maria

Alyaa Alhadjri
Kira-kira 300 orang berarak dari Padang Merbok ke parlimen di ibu negara pagi ini bagi menuntut pembebasan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.

Dipimpin oleh aktivis hak wanita dan membawa kain rentang “Wanita bergerak untuk Maria”, mereka berjalan kira-kira 2 kilometer dalam pakaian kuning dan ungu.

Antara terlibat bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga dan anggota jawatankuasa pemandu Global BERSIH Ivy Josiah.

Acara itu dianjurkan oleh rakan dan penyokong Maria bagi menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Meneri Datuk Seri Najib Razak atas penahanan beliau.

Najib kini sedang berada di Peru.

Kumpulan itu berhenti di pagar parlimen dan menghantar wakil untuk menyerahkan memorandum kepada menteri di Dewan Rakyat.

[Baca berita asal]

Sunday, November 20, 2016

Tak betul, keterlaluan guna Sosma ke atas Maria Chin - PAS

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penahanan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah tidak betul dan keterlaluan.

"Kerajaan pernah memberi jaminan bahawa tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Sosma dan undang-undang lain tidak akan disalah gunakan oleh kerajaan bagi tujuan politik dan yang tidak ada kena-mengena dengan keselamatan dalam negeri.

"PAS konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman dan salah guna kuasa terhadap sesiapa pun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dua hari yang lalu, Polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya.

Selepas tidak dibenarkan keluar dari pejabat itu atau berhubungan selama hampir dua jam, anggota polis kemudiannya keluar dengan membawa Maria Chin dan pegawai sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh Karpal.

Kedua-dua mereka dilaporkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selain turut merampas sepuluh komputer riba dan kenyataan bank serta gaji BERSIH.

Justeru, PAS menggesa pihak berkuasa berlaku adil kepada Maria Chin dan membebaskan beliau segera daripada penahanan di bawah Sosma, kata Tuan Ibrahim lagi.

"Kerajaan tidak harus mengulangi kesilapan ketika menggunakan Sosma terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathhias Chang kerana melaporkan isu 1MDB," jelas beliau lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-