Showing posts with label Republik Rakyat China. Show all posts
Showing posts with label Republik Rakyat China. Show all posts

Monday, April 20, 2020

Tiong King Sing dilantik duta khas ke China

FMT Reporters
-April 20, 2020 8:21 PM

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak dan ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing.
 (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Tiong King Sing dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Republik Rakyat China bertaraf menteri.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Perdana Menteri berkata, Tiong yang juga ahli Parlimen Bintulu pernah berkhidmat sebagai duta khas perdana menteri ke Asia Timur pada 2014 hingga 2018.

Tiong akan berperanan memperkukuhkan hubungan 2 hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin mencari calon lain untuk dilantik sebagai timbalan menteri perpaduan negara selepas Tiong mengesahkan menolak jawatan berkenaan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan ke atas pelantikan calon awal itu, perdana menteri mengambil pendekatan terbuka dan menerima penolakan jawatan oleh Tiong.

Thursday, August 10, 2017

'China sudah pacak bendera dan kibar panji-panji di bumi kita'

A Kadir Jasin

ULASAN l : Panji-panji bukan sebarang panji-panji. Bahasanya bukan bahasa ibu pertiwa. Cogan katanya tidak banyak yang mengerti.

Ini adalah panji-panji yang menjadi manifestasi kepada hegemoni politik dan ekonomi empayar komunis terulung di dunia – Republik Rakyat China.

Gambar panji-panji ini menjadi tarikan dan menular dalam media sosial selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merasmikan upacara pecah tanah projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Kota SAS, Pahang semalam.
Panji-panji itu adalah pratayang (preview) kepada apa yang akan datang bersama projek ERCL yang dibiayai oleh hutang RM55 bilion dari China.

Bukan panji-panji bahasa Mandarin itu saja datang dengan projek tersebut. Daripada paparan media massa arus perdana, kita juga lihat turut sama datang adalah tenaga manusia, modal, jentera pembinaan dan kereta api.

Maksudnya, sebahgian besar daripada pinjaman RM55 bilion itu akan dibelanjakan di negeri China untuk menjana ekonomi negeri China. China sudah pun menikmati faedah projek itu sedangkan kita sendiri belum pasti apakah keuntungan yang akan kita peroleh.

Malah kita jangan terperanjat jika sebahagian atau kesemua daripada pinjaman RM55 bilion itu akan dijana di negara kita sendiri dengan meminjam daripada institusi-institusi kewangan kita.

Dalam bahasa yang mudah, China sudah memacak bendera dan mengibarkan panji-panji di bumi kita melalui ECRL dan projek-projek lain yang dibiayai atau didirikannya.

Kecemperaan Cina adalah realiti sejarah. Tidak dapat tidak China terpaksa berkembang ke luar daripada sempadan politiknya. “The Middle Kingdom” sedang meledak.
Penduduk China makin bertambah. Kini China menampung 18.4 peratus daripada penduduk dunia sedangkan tanah pertaniannya hanya 10 peratus keluasan tanah pertanian dunia.

China terpaksa meluaskan wilayah ekonominya untuk memanpung keperluan makanan, pekerjaan dan tempat tinggal rakyat jelatanya.

Bagi negara seperti kita, pilihannya ialah menjadi rakan kongsi yang berdaulat atau menjadi tanah jajahan ekonomi China.

Dalam gambar media, nampak ramai juga Melayu dijemput untuk bertepuk dan bersorak. Harap-harap janganlah sorakan mereka akan menyebabkan kampung tergadai.

DATUK A KADIR JASIN adalah bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press. Beliau kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.

Artikel ini dimuatkan kali pertama dalam blognya. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/391476#j6V60BHZYbIIxzZG.99

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-