Showing posts with label duta khas. Show all posts
Showing posts with label duta khas. Show all posts

Monday, April 27, 2020

Isu pencerobohan kapal China di perairan Malaysia: Mana peranan Duta Khas?



Duta Khas ke China, Tiong King Sing dikritik seolah-olah meremehkan insiden provokasi kapal Petronas di perairan Malaysia, selepas mengeluarkan kenyataan bahawa kapal asing yang disyaki melanggar perairan negara telah berlaku dari masa ke semasa sejak di zaman BN dan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Biro Antarabangsa AMANAH, Raja Kamarul Bahrin Shah, mempersoalkan adakah Tiong sedar insiden yang mengorbankan lapan nyawa warga Vietnam di perairan negara itu dalam satu rempuhan bot oleh kapal ronda China

Beliau turut mengingatkan, bagaimana China tidak menghormati keputusan Tribunal Antarabangsa yang telah menolak tuntutan pulau-pulau Laut China Selatan, malah tetap meneruskan pembinaan pengkalan Navy dan landasan kapal terbang gred tentera.

“Ini berlaku berdekatan perairan Serawak dan Sabah.

“Lebih menghairankan, Tiong adalah ahli Parlimen Bintulu di mana Sarawak mempunyai kepentingan telaga minyak dan gas serta keselamatan rakyat asal Sarawak dan Malaysia.

“Adakah Tiong menganggap tugas Duta Khas ke China hanya melibatkan majlis memotong ribon? Atau mengutamakan bidang perniagaan dan perdagangan seperti BN dahulu di mana situasi imbangan perdagangan berat sebelah yang akhirnya merugikan Malaysia?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Kadir Jasin membangkitkan isu pencerobohan kapal China di perairan Malaysia.

Beliau berkata, secara kebetulan sebaik saja Tiong dilantik sebagai Duta Khas bertaraf Menteri, China menghantar dua buah kapal masuk Zon Ekonomi Eksekutif (EEZ).

“Ini kerja dia lah. Selesaikan isu rumit dengan China. Bukan nak bangga dengan kedudukan dan ganjaran saja,” tulisnya dalam catatan Facebook semalam.

Sementara itu Kamarul berkata, kenyataan wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin pada semalam, hanyalah untuk menyedarkan tentang tanggungjawab berat yang perlu dipikul seorang Duta Khas bertaraf Menteri.

Kamarul yang juga Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata lagi, dalam keadaan kuasa besar Amerika dan Britain terikat dengan wabak Covid-19, China yang sudah mula pulih akan cuba mendominasi pentas perniagaan dan ketenteraan global.

Jelasnya, dengan kuasa kewangan serta ketenteraan yang hebat, China menerusi sistem kerajaan komunis boleh menggerakkan industri dan rakyatnya dengan lebih cepat dan hebat untuk menjadi kuasa dominan dunia.

Apakan lagi rantau ASEAN yang kerdil ini jika Malaysia terus kaku dan tidak tegas, katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya Malaysia dan negara ASEAN tidak bersuara membela maruah negara sendiri, tidak perlu diharapkan kuasa besar lain yang akan bergelut untuk survival negara sendiri.

“Kami mendesak kerajaan Malaysia membela kedaulatan Negara sebagai keutamaan dan jangan kembali ke zaman gelap BN dimana kita melutut pada China untuk keuntungan perdagangan.

“Walaupun kerajaan PN merupakan kerajaan yang bukan dipilih rakyat tetapi yang pecah masuk masuk melalui pintu belakang, kerajaan tanpa restu dan redha rakyat ini perlu membuktikan kesungguhan dan kewibawaan diri.

“Janganlah pula kerajaan pintu belakang PN ini merestui budaya kuasa asing China untuk menceroboh masuk pintu belakang demi menakluki perairan serta kepulauan negara yang baru sahaja dinodai oleh pencerobohan dalaman,” katanya.

Monday, April 20, 2020

Tiong King Sing dilantik duta khas ke China

FMT Reporters
-April 20, 2020 8:21 PM

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak dan ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing.
 (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Tiong King Sing dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Republik Rakyat China bertaraf menteri.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Perdana Menteri berkata, Tiong yang juga ahli Parlimen Bintulu pernah berkhidmat sebagai duta khas perdana menteri ke Asia Timur pada 2014 hingga 2018.

Tiong akan berperanan memperkukuhkan hubungan 2 hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin mencari calon lain untuk dilantik sebagai timbalan menteri perpaduan negara selepas Tiong mengesahkan menolak jawatan berkenaan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan ke atas pelantikan calon awal itu, perdana menteri mengambil pendekatan terbuka dan menerima penolakan jawatan oleh Tiong.

Thursday, April 2, 2020

Pelantikan Hadi bantu perkasa semula hubungan dengan negara Arab

Mohamad Fadli
-April 2, 2020 9:49 PM

Ahli MT Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata, hubungan Hadi dengan negara Timur Tengah bukan perkara baru dan dapat membantu memperkasa semula hubungan Malaysia dengan negara di rantau itu yang dilihat bermasalah sebelum ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Fathul Bari Mat Jahya berkata, pelantikan Abdul Hadi Awang sebagai duta khas perdana menteri bertaraf menteri ke Timur Tengah mampu memperkasakan semula hubungan dengan negara di Timur Tengah.

Beliau, yang merupakan bekas pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri ketika pemerintahan Najib Razak berkata demikian berikutan kemerosotan hubungan Malaysia dengan negara Timur Tengah ketika di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) berbanding semasa kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan PH agak dingin dengan Timur Tengah melainkan Qatar, Turki dan Iran. Memang Malaysia ambil dasar tak campur politik dalaman soal polisi luar negara.

“Saya harap dengan pelantikan duta khas perdana menteri kali ini dan hubungan baik Menteri Luar Hishamuddin Hussein dengan negara Timur Tengah dapat perkasakan semula hubungan itu yang nampak bermasalah sebelum ini,” katanya kepada FMT.

Terdahulu dalam satu kenyataan hari ini Pejabat Perdana Menteri berkata, Hadi, yang juga presiden PAS, dilantik sebagai duta khas perdana menteri bertaraf menteri ke Timur Tengah.

Kenyataan itu juga menyebut, lantikan itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Fathul berkata, memandangkan jawatan itu baru diwujudkan, maka ia tidak dilihat mempunyai pertindihan dengan mana-mana jawatan dalam Kabinet.

“Dari sudut lain dia (Hadi) kelulusan pengajian di Timur Tengah dan mempunyai kemampuan berbahasa Arab serta hubungan dengan Timur Tengah yang bukan baru.

“Hubungan Hadi dengan Timur Tengah sudah lama. Beliau ada hubungan gerakan Islam di Timur Tengah, jadi ia dapat diperluaskan, tetapi ia bergantung juga kepada skop tugas yang ditentukan perdana menteri,” katanya.

Sementara itu, Hadi dalam respons kepada pelantikan itu berterima kasih kepada Muhyiddin atas kepercayaan yang diberikan.

“Insya-Allah saya akan memanfaatkan sedikit pengalaman untuk membantu kerajaan Malaysia memimpin agenda perpaduan ummah dan keamanan sejagat,” katanya di Facebooknya.

Monday, January 19, 2015

Kerajaan diminta batal Samy Vellu, Ong ka Ting sebagai duta khas

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Kerajaan diminta membatalkan pelantikan bekas presiden MCA, Tan Seri Ong Ka Ting dan bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dalam rangka menjimatkan dana pembayar cukai.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, tindakan itu perlu dibuat sebagai langkah penjimatan ketika negara kini berdepan suasana ekonomi yang tidak menentu.

“Penstrukturan semula Belanjawan 2015 sepatutnya mengurangkan perbelanjaan dan memotong peruntukan yang tidak perlu, dan bukannya menambah peruntukan untuk hal-hal yang tidak penting,” kata Lip Eng dalam satu kenyataan, hari ini.

Samy dilantik memegang jawatan Duta Khas Malaysia bertaraf menteri bagi infrastruktur ke India dan Asia Selatan mulai 6 Januari 2011.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.dalam satu kenyataan pada April 2011 berkata, Samy dibayar gaji dan elaun berjumlah RM27,227.20 sebulan,

Manakala bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting yang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China pada Oktober 2011 menerima elaun berjumlah RM20,000 sebulan.

Dalam pada itu, Lip Eng turut menggesa kerajaan menangguhkan pelantikan Datuk Kohilan Pillay, bekas timbalan menteri luar yang juga naib presiden Gerakan dilaporkan telah dilantik sebagai duta khas ke kawasan Asia Tengah.

“Saya menggesa Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pelantikan ini dan tidak mengumumkannya esok dalam pengumuman beliau mengenai penstrukturan semua Belanjawan 2015 ekoran kejatuhan harga minyak dan kesannya terhadap anggaran perbelanjaan negara.

“Di saat nilai ringgit sedang menurun dan lemah serta kejatuhan harga minyak, saya hairan bagaimana kerajaan BN masih sanggup berbelanja besar dalam pelantikan duta khas yang langsung tidak diperlukan ini,” kata Lip Eng. – Roketkini.com

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-