Showing posts with label Tarawih. Show all posts
Showing posts with label Tarawih. Show all posts

Sunday, April 3, 2022

Suasana Ramadan di Tanah Suci kembali normal

Oleh KOSMO!
3 April 2022, 8:00 pm

Tiada lagi penjarakan sosial yang ditetapkan bagi jemaah mendirikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. - Archyde

MEKAH – Beratus-ratus ribu jemaah kembali memenuhi ruangan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ketika menunaikan solat isyak dan solat sunat Tarawih menjelang hari pertama umat Islam berpuasa, kelmarin.

Menurut laporan akhbar Saudi Gazette, suasana yang sudah dua tahun tidak dilihat akibat penularan Covid-19 itu menyaksikan jemaah kembali menunaikan ibadat tanpa penjarakan sosial.

Kini, semua jemaah dari seluruh dunia dialu-alukan ke tanah suci untuk menunaikan umrah tanpa ada lagi ketetapan seperti kewajipan menunjukkan status vaksinasi masing-masing.

Selain itu, amalan berbuka puasa beramai-ramai di pekarangan masjid turut dimulakan semula selepas ia ditangguh ketika pandemik berleluasa.

Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan agensi lain yang berkaitan telah mula menawarkan pelbagai integrasi perkhidmatan untuk semua jemaah.

Pihak pengurusan Dua Masjid Suci telah pun mengambil kira-kira 12,000 kakitangan lelaki dan wanita yang dibahagikan kepada empat syif.

Pengurusan turut menyediakan pakej perkhidmatan, langkah lapangan, pencegahan dan operasi yang bertujuan menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat bagi membantu para jemaah melaksanakan ibadat dalam suasana rohani.

Seluruh Masjidil Haram akan dibersihkan, disembur dengan pembasmi kuman dan disteril berterusan sekurang-kurangnya 10 kali setiap hari.

Selain itu, sebanyak 130,000 liter pembasmi kuman berserta 2,500 liter penyegar udara terbaik dan hampir 35,000 liter pensteril digunakan pada semua permukaan dan permaidani masjid dalam masa sehari.

Agensi di pejabat presiden juga meneruskan perkhidmatan pengagihan air Zamzam dengan menyediakan lebih 25,000 kontena yang diedarkan di seluruh Masjidil Haram.

 – AGENSI

Saturday, April 25, 2020

Ramadan sunyi

MyMetro
Utama
AFP
PANDANGAN dari udara Masjidil Haram dan Menara Makkah sepi pada hari pertama puasa.

PENGANUT Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan 1 Ramadan tahun ini dengan situasi berbeza apabila perlu menjalani perintah berkurung susulan penularan wabak Covid-19.

Di kebanyakan negara, amalan berbuka puasa bersama keluarga dan solat Tarawih berjemaah yang menjadi kelaziman terutama sepanjang bulan ini tidak dapat dilaksanakan.

Ramadan yang lazimnya disambut meriah oleh penganut Islam terutama di Asia, Timur Tengah dan utara Afrika juga lebih sunyi dengan sekatan pergerakan di negara berkenaan.

Di Indonesia, pertubuhan Islam menggesa umat Islam supaya mematuhi perintah berkurung.

"Ramadan kali ini amat berbeza, tidak semeriah seperti tahun sebelumnya," kata seorang suri rumah, Fitria Famela.

Bagaimanapun, ada pertubuhan Islam di wilayah Aceh tidak mengendahkan arahan itu apabila ribuan orang menghadiri solat berjemaah di masjid, malam kelmarin.

Bagaimanapun, jumlah jemaah tahun ini menyaksikan penurunan.

"Saya tidak bimbang kerana saya memakai penutup mulut dan hidung," kata Cut Fitrah Riskiah yang turut berjemaah di masjid.

Kerajaan Indonesia juga sudah tidak membenarkan mudik iaitu tradisi pulang ke kampung pada akhir Ramadan bagi mengekang penularan Covid-19.

Selain itu, kerajaan juga sudah meminda cuti umum perayaan Aidilfitri kepada Disember, dalam usaha mengekang penyebaran wabak berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2020 

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-