Showing posts with label etnik Rohingya. Show all posts
Showing posts with label etnik Rohingya. Show all posts

Thursday, September 14, 2017

Najib tunai janji bawa isu Roghingya kepada Trump

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden, Donald Trump (kanan) pada perjumpaan empat mata bagi membincangkan hubungan strategik antara kedua-dua negara. Kunjungan kerja Najib adalah atas jemputan Presiden Trump ketika Malaysia-AS menyambut ulang tahun ke-60 hubungan dua hala kedua-dua negara. - UTUSAN

14 September 2017 8:17 AM

WASHINGTON 13 Sept. _ Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunaikan janjinya kepada rakyat Malaysia untuk membawa isu kekejaman tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya dalam pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, beliau boleh dikatakan telah dapat mempertingkatkan pengetahuan Trump tentang isu Rohingya dengan kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama sepakat mendesak kekejaman ke atas mereka dihentikan.

“Trump juga meminta bantuan kemanusian dikaji. Saya tidak fikir gesaan bersama itu boleh dikeluarkan tanpa sumbangan daripada Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan tiga hari ke AS di sini hari ini

Dalam kenyataan bersama itu, Malaysia dan AS mendesak Myanmar menghentikan segera keganasan terhadap etnik Rohingya dan membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa.

Kedua-dua pemimpin juga mahu krisis kemanusiaan menyayat hati yang menjadikan etnik Rohingya sebagai sasaran kekejaman dihentikan segera.

Mereka turut sepakat perlu ada kerjasama kukuh membabitkan masyarakat antarabangsa bagi menangani kekejaman terhadap ribuan mangsa, termasuk yang telah melarikan diri ke Bangladesh. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/najib-tunai-janji-bawa-isu-rohingya-kepada-trump-1.526516#ixzz4sbp6CgCH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, September 13, 2017

Dalam isu Rohingya, China umum sokong Myanmar


Jurucakap kementerian luar negara China, Geng Shuang berharap masyarakat antarabangsa menyokong usaha Myanmar dalam menjaga kestabilan pembangunan nasionalnya. Gambar EPA, 12 September, 2017.

⁠⁠⁠KETIKA dunia mengecam kekejaman yang berlaku kepada etnik Rohingya, China bersikap sebaliknya dengan menyatakan sokongan kepada usaha kerajaan Myanmar "menegakkan keamanan dan kestabilan" di negeri Rakhine.

Jurucakap kementerian luar negaranya Geng Shuang mengeluarkan kenyataan itu ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersedia untuk mengadakan mesyuarat tergempar mengenai krisis itu pada Rabu, sebagaimana dilaporkan agensi berita AFP.

"Kami mengutuk serangan ganas yang berlaku di negeri Rakhine di Myanmar," kata Geng dalam satu taklimat sebagaimana dilaporkan AFP.

"Kami menyokong usaha Myanmar dalam menegakkan keamanan dan kestabilan di negeri Rakhine. Kami berharap agar keadaan dan kehidupan normal di situ akan pulih secepat mungkin," katanya.

"Kami fikir masyarakat antarabangsa harus menyokong usaha Myanmar dalam menjaga kestabilan pembangunan nasionalnya."

Militan Rohingya menyerang pos polis pada akhir Ogos, mencetus tindak balas ketenteraan yang menyebabkan lebih 300,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Diplomat PBB mengatakan China yang merupakan satu daripada rakan perdagangan utama Myanmar, menentang penglibatan majlis tertinggi PBB dalam menangani krisis.

Tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Myanmar semakin meningkat dengan ketua hak asasi PBB Zeid Ra'ad Al Hussein mengatakan keganasan itu seolah-olah menjadi "contoh buku teks pembersihan etnik".

Malaysia juga tidak ketinggalan menyatakan kecaman kepada krisis kemanusiaan yang berlaku di Rakhine dengan menghantar bantuan.

Perdana Menteri Najib Razak dijangka turut membincangkan isu Rohingya dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semasa pertemuannya di White House.

Ia dianggap peluang terbaik untuk Malaysia membangkitkan penderitaan pelarian Rohingya kepada negara kuasa besar itu.

Malaysia memandang berat masalah penindasan terhadap etnik Rohingya dan memberi komitmen untuk membantu menangani krisis pelarian kaum itu yang kini dilaporkan mencecah 500,000 orang di Bangladesh, negara jiran Myanmar. 

– 12 September, 2017.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-