gambar hiasanalangkah indahnya jika 'serikandi' cina dan india sama2 angkat sepanduk yang bertulisan jawi?
Hari ini parti PAS tak ubah seperti 'kaduk naik junjung' lupa diri, sanggup buat apa saja atau diperbuat apa saja demi untuk mendapat sekelimut kuasa politik.
Apa yang nampak nyata PAS cuma boleh tunjukkan 'belang' nya di Kelantan sahaja. Di Kedah, walaupun PAS ada kuasa memerintah, tetapi kena tunduk dan akur kepada kehendak PKR atau DAP. PAS sentiasa dalam keadaan diugut dan di takut2 kan oleh DAP atau PKR.
Di P Pinang pula, PAS seperti sebuat parti yang tidak pernah ujud. Cuma yang berkuasa memerintah ialah DAP dan PKR sahaja. Ini adalah satu kenyataan yang benar.
Perak bernasib baik kerana terselamat dari perintah DAP. Sebenarnya yang memerintah negeri Perak ialah DAP, bukan PAS. Lihat sahaja barisan EXCO nya, cuma ada 3 orang melayu sahaja berbanding dengan 7 orang bukan melayu. Menteri Besar Perak(PAS) cuma bertindak sebagai 'puppet ruler' sahaja.
Di neregi Selangor pula PAS terus menjadi 'lembukut di tepi gantang' sahaja. Suaranya langsung tidak didengar oleh PKR dan DAP. Sebaliknya PAS dianggap sebagai 'duri dalam daging' oleh PKR dan DAP.
Cuba kita bayangkan, jika PR memerintah negara, apa akan jadi kepada PAS? Bolehkah PAS menandingi kehebatan kuasa DAP dan PKR?
PAS cuma mengharaf 'perpaduan' yang ujud dalam PR.
Sebenarnya 'perpaduan' tidak pernah ujud dalam PR.