Showing posts with label kenaikan kadar tol. Show all posts
Showing posts with label kenaikan kadar tol. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

RM39 bilion kutipan GST patut disalur sebagai subsidi tol

KUALA LUMPUR 31 DIS:
 Penyelaras DAP Dusun Tua, Young Syefura Othman menyifatkan kerajaan UMNO BN sebagai hilang ‘kewarasan’ kerana membiar rakyat dibelenggu keperitan hidup akibat kenaikan pelbagai kos harian.

Pada masa sama, katanya, kerajaan mengaut RM39 bilion melalui kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sedangkan ia patut disalur semula antaranya sebagai pemberian subsidi pengangkutan awam dan tol.

“Sepatutnya sebahagian kutipan GST itu digunakan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat dengan memberi subsidi bagi pengangkutan awam dan bayaran tol,” katanya kepada RoketKini.
Kerajaan Persekutuan sebelum ini mengambil tindakan drastik membenarkan kenaikan kadar tol di lapan lokasi sekitar Lembah Klang, selain membiarkan kadar tambang pengangkutan awam, naik mendadak pada paras tinggi.

Tindakan itu dikecam pelbagai pihak yang turut menyifatkan langkah berkenaan seolah-olah cubaan menghukum rakyat terutama penduduk bandar kerana cenderung menyokong pembangkang.

Menyifatkan kerajaan BN sebagai hilang punca, beliau yang dikenali sebagai Rara berkata kenaikan kadar tambang juga menyebabkan rakyat kehabisan alternatif lain dalam mencari jalan mengatasi kenaikan kos sara hidup.

“Kononnya kenaikan kadar tol bagi menangani masalah kesesakan jalan raya dengan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam tetapi tambang pengangkutan awam naik, apa lagi pilihan rakyat yang ada?

“Ini menunjukkan kerajaan sedia ada sudah tidak waras, tak punya hati dan perasaan. Kenaikan kos pengangkutan yang mendadak sudah tentu membebankan rakyat, khususnya golongan kelas menengah dan rendah,” katanya.

Memberi sokongan padu terhadap penganjuran demontrasi #shutdownsungaibesi, beliau turut bercadang untuk turut bersama-sama membantah kenaikan kadar tol.

Thursday, December 17, 2015

8 lebuh raya layak terima kenaikan tol pada 2016

Bernama
 16 Dis 2015, 10:58 malam 16 Dis 2015, 10:59 malam


Tiada sebarang perbincangan mahupun keputusan dibuat di peringkat jemaah menteri mengenai isu kenaikan kadar tol sehingga kini, demikian menurut Kementerian Kerja Raya.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini, berkata berdasarkan kepada perjanjian konsesi, sebanyak lapan lebuh raya tersenarai layak untuk menerima kenaikan kadar tol pada tahun depan.

Menurut kementerian itu, kerajaan perlu membayar pampasan dianggarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM593 juta sekiranya kenaikan kadar tol itu tidak dipersetujui oleh kerajaan.

"Kementerian menyedari beban kewangan ditanggung rakyat ketika ini, justeru kerajaan akan berusaha mencari penyelesaian dengan mengadakan rundingan dan persetujuan bersama syarikat-syarikat konsesi," kata kenyataan itu.

Dalam proses rundingan, Kementerian Kerja Raya berkata beberapa perkara dan parameter perlu diberi perhatian seperti mengurangkan beban pengguna lebuh raya sebagai pembayar tol, obligasi syarikat konsesi terhadap pemberi pinjaman/ pemegang bon, serta obligasi dan kepentingan pihak kerajaan.

"Prinsip asas kepada rundingan ini adalah berpaksikan kepada situasi menang-menang antara kerajaan dan syarikat konsesi," kata kementerian itu.

- Bernama

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-