| Type | Public |
|---|---|
| Founded | 17 August 1974 |
| Headquarters | |
| Key people | Tan Sri Dato’ Mohd Hassan Marican, Group CEO and President |
| Industry | Oil and Gas |
| Products | Oil Natural gas Petrochemical manufacturing Shipping services |
| Revenue | ▲ 75.5 billion USD (2009) |
| Net income | ▼ 15.0 billion USD (2009) |
| Total assets | ▲ 110.9 billion USD (2009) |
| Total equity | ▲ 69.8 billion USD (2008) |
| Employees | 39,236 worldwide |
Ada lah tidak sesuai untuk kerajaan meluluskan kenaikan harga petrol dalam keadaan ekonomi yang masih belum pulih lagi. Rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap yang paling menderita.
Kenaikan petrol walaupun se sen atau dua akan menyebabkan kenaikan semua barang dan perkhidmatan. Di sini tidak perlu di ceritakan hal2 harga barang makanan harian, dan perkhidmatan semuanya saban hari naik melambung tinggi.
SEBAGAI CONTOH: Harga gula yang dikawal kerajaan dengan harga RM1.50 kini sukar di dapati, kalau dapat pun kena bayar di antara RM1.70 hingga RM1.80.
Sebenarnya Menteri yang berkenaan telah GAGAL secara TOTAL untuk mengawal kenaikan harga barang2 dan perkhidmatan.
Rakyat sudah bosan dengan jaminan dan janji2 dari menteri yang berkenaan untuk mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Kini sokongan rakyat terhadap kerajaan semakin pudar, mereka semakin hilang kepercayaan terhadap kerajaan. Di tambah pula dengan ceramah2 parti lawan yang sentiasa mendapat modal besar dari dasar2 kerajaan yang nampak menyusahkan rakyat berpendapatan rendah dan tidak tetap.
Tidak mustahil kedudukan kerajaan akan tergugat menjelang PRU13 nanti.